Nak Souvenier best?

hari tanpa beg plastik

GEORGE TOWN: Mulai 1 Januari 2011, semua pasar raya besar (hypermarket), pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak) diminta melaksanakan 'hari tanpa beg plastik' setiap hari.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata 'hari tanpa beg plastik' itu merupakan langkah negeri ini untuk menjadi negeri hijau yang pertama di Malaysia.

"Maklumbalas dari 73 pengusaha yang menandatangani deklarasi pengurangan penggunaan beg plastik menunjukkan bahawa mulai 1 Julai 2009 hingga 26 Okt 2010, Pulau Pinang berjaya menjimatkan 32,508,418 beg plastik," katanya ketika pembentangan Bajet 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

~langkah bijak negeri pulau pinang.. kalau semua orang sedar kepentingan ni tentunya bumi ni tak tercemar lagi dah dengan beg plastik.. save earth for future generation.. anda pula bagaimana?

3 comments:

azzey said...

nur: kena siap2 bawak beg dr umah klu nak shopping ni!

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

kalu sabah tiap isnin, ada yg buat cam mall yg besar..
kalu yg tak bawak caj 20 sen...still guna juga..huhu

iLa SaHaR said...

sepatutnya dipraktikkan di semua pasaraya2... semua rakyat malaysia nie lebey berdisipllin... untuk kebaikan semua gak...
(tapi aku pun kekadang lupa gak bawak beg)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...