Stokin dan kasut yang lembab meningkatkan risiko. Keadaan panas dan lembab yang menyebabkan perpeluhan banyak adalah keadaan paling sesuai untuk penyebaran
Kasut plastik terutamanya menyediakan ruang yang sesuai untuk perkembangan dan jangkitan kulat
Sistem dayatahan diri yang rendah – sangat mudah berjangkit kepada orang yang kurang daya tahan penyakit sebagai contoh pesakit diabetes atau pesakit HIV/AIDS.
Komplikasi Jangkitan bakteria sekunder. Bakteria mengeluarkan bahan yang menyebabkan kulit terhakis dan berlebihan air di kawasan antara jari kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Reaksi alahan mungkin boleh menyebabkan gelembung kulit pada jari kaki dan tangan.
Rawatan Anda boleh menggunakan krim antikulat pada kulit anda. Kes yang lebih teruk mungkin memerlukan ubat berpreskripsi. Rawatan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan perkembangan kulat dan mencegah ia dari merebak.Penjagaan asas kebersihan diri dan bedak antikulat boleh menyembuhkan kebanyakkan kes. Sekiranya tidak berkesan, berjumpalah doktor. Doktor akan memberi ubatan lain seperti krim antikulat dan ubatan antikulat. Walaupun dirawat dengan ubatan antikulat ia memerlukan beberapa minggu untuk sembuh. Pencegahan Sentiasa pastikan kaki anda kering terutamanya selepas mandi dan selepas wudhuk. Biar berkaki ayam selama yang boleh di dalam rumah untuk membolehkan pengudaraan kaki yang baik.
Pakai stoking yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti kapas, bulu lembut yang boleh menyerap lembapan dari kaki.
Tukar stoking dan sarung kaki selalu. Sekiranya kaki jenis berpeluh, tukar stoking dengan lebih kerap.
Pakai kasut ringan dan mempunyai pengudaraan yang baik. Elakkan kasut yang diperbuat dari bahan sintetik seperti vinyl dan juga getah
Sediakan beberapa kasut untuk ditukar tukar. Ini akan membolehkan kasut kering sepenuhnya selepas penggunaan
Pakai sandal kalis air atau sandal khas mandian di bilik mandi awam, kolam renang dan pusat kecergasan dan juga tempat awam
Gunakan bedak antikulat setiap hari
Gunakan kasut anda sendiri, meminjam kasut orang lain memberi risiko mendapat jangkitan kulat |
0 comments:
Post a Comment