Nak Souvenier best?

Fakta tentang Timun.


Antara jenis timun adalah dosakai, iaitu timun berwarna kekuningan, berbentuk bulat dan banyak didapati di beberapa bahagian di India. Ia sering dimasak bersama kacang dal dan dijadikan jeruk. 

Selain itu, timun Inggeris mempunyai kandungan biji yang sedikit dan boleh tumbuh sehingga mencapai panjang dua kaki manakala timun Mediterranean pula mempunyai kulit halus dengan hampir tiada biji serta mempunyai rasa yang lebih lembut. 

Sementara itu, timun Jepun berwarna hijau gelap dengan kulit yang menggerutu dan sering digunakan dalam hidangan salad. 

Timun juga kaya dengan silika iaitu bahan galian yang memegang tisu penghubung dan menyumbang kepada kekuatan tisu berkenaan seterusnya membantu memberikan penampilan lebih muda pada kulit. 

Silika juga sudah terbukti mampu menghalang penuaan tisu berkenaan yang mana kekurangannya serta asid hyaluronic boleh mempercepatkan proses penuaan kerana tisu penghubung tidak lagi dapat memegang air dengan cekap

5 comments:

Anum said...

great :)

Aisy Nasiha said...

bagus rupanya timun ni..

kongsi apa saja said...

buat jus timun.... sodap....

Fauziah Mohamad said...

i love timun!!

afeb pilah said...

timun buat aca sedap..hehe..

http://100peratusdirisendiri.blogspot.com/2012/12/kosong.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...