Nak Souvenier best?

Showing posts with label Azizulhasni. Show all posts
Showing posts with label Azizulhasni. Show all posts

Keirin : AzizulHasni Awang. Olimpik 2012.

Keirin : AzizulHasni Awang.

AZIZULHASNI termasuk dalam heat yang ketiga dalam acara KEIRIN ni.
Dengan kesungguhan kayuhan akhirnya dia
Berjaya melepaskan diri ke second round.
Dalam saringan tadi AZIZULHASNI  mendahului mulanya.
Tapi berjaya diovertake oleh pelumba France.
Dia berjaya mendapat tempat kedua tadi.

Dia akan meneruskan perjuangan nanti.
Apakah dia boleh memberi harapan baru kepada RAKYAT MALAYSIA?
diharapkan begitulah hendaknya.

Semoga Berjaya nanti.
Amin.

Azizulhasni Awang / the PocketRocket Man.

Sejak kemunculan AZIZULHASNI AWANG ni dalam acara lumba basikal.. seakan satu trend sukan berbasikal ni semakin diminati. Tengok aja la kemunculan trend basikal fixie dan sebagainya. Kira dia ni dikategorikan sebagai trendsetter la ye.

Bagi yang nak tahu tentang AZIZULHASNI AWANG ni dengan lebih lanjut dan lebih dekat.. bolehla ke THEPOCKETROCKETMAN


Azizulhasni Awang


was born on 5 of January 1988 in Dungun,Terengganu, MALAYSIA  is a track cyclist  representing MALAYSIA  . He is a flag bearer for Malaysian team in Beijing Olympic Games .
Azizulhasni,winner of gold medals in keirin and 200m sprints at the Asian Championships in April, finished as the best Asian finisher at the Beijing Olympics last month with a top eight finish.The 23-years-old, is among 2012 London Olympics gold medal prospects .He made a history when he won the main keirin final in the second-leg of the UCI Track World Cup in Melbourne to become the first-ever Malay­sian gold medallist at the World Cup stage.
He hold the title of world cup leader in Keirin 2009,nevertheless his luck in World Championship Keirin was obscure but he conferred as a silver mendalist in Men Sprint in Track World Championship at Poland .He is now married to a loving wife,Athiah Ilyana Abd Samat .

 

Basikal Fixie.

Rupanya itulah nama basikal yang serig kelihatan di jalanan akhir-akhir ini. Memang nampaknya sebagai satu trend yang baru menular di kalangan muda remaja dewasa ini. Eh, yang berusia tak boleh naik ke basikal ini. Kenapa tiba-tiba glamer sangat ye?.. Best sangat ke?..

Setelah di wiki kan.. Berikut maklumatnya..


fixed-gear bicycle (or fixed-wheel bicycle, sometimes known as a fixie) is a bicycle that has no freewheel, meaning it cannot coast — the pedals are always in motion when the bicycle is moving.
The sprocket is screwed or bolted directly onto a fixed hub. When the rear wheel turns, the pedals turn in the same direction.[1] This allows a cyclist to stop without using a brake, by resisting the rotation of the cranks, and also to ride in reverse.

~oh, itukah maksudnya..
Dapat juga sedikit sebanyak pengetahuan. Dan hipotesis kenapa menular fenomena ini adakah disebabkan oleh Sukan Berbasikal yang menjadi salah satu elemen baru dalam Sukan Popular di Malaysia setelah Azizulhasni mengangkat nama  Malaysia di mata dunia.

Tertusuk Serpihan Kayu Velodrom.



KORAT, Thailand - Semangat juang yang tinggi menjadi azimat buat jagoan negara, Mohd. Azizulhasni Awang untuk menamatkan saingan final acara keirin pada Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Velodrom Manchester, London awal pagi semalam.

Sekalipun betis kirinya tertusuk serpihan kayu velodrom selepas dia terjatuh akibat pelanggaran dengan empat lagi pelumba, Azizulhasni masih mampu bangkit dan kembali meneruskan perlumbaan yang menyaksikannya meraih pingat gangsa.

Ketika insiden malang itu berlaku, Azizulhasni terjatuh bersama empat lagi pelumba yang lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) ketika mereka bersaing di selekoh terakhir.

Ternyata semangat kental yang ditunjukkan pelumba berusia 23 tahun ini telah memukau penonton yang hadir bagi menyaksikan acara yang cukup dinanti-nantikan itu yang dimenangi pelumba sensasi Britain, Chris Hoy.

Selepas insiden tersebut, Azizulhasni terus dikejarkan ke Hospital Manchester Royal Infirmary untuk mendapatkan rawatan dan difahamkan, dia akan menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan serpihan kayu kira-kira sepanjang 20 sentimeter itu.

Mengulas situasi terkini Azizulhasni, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd. Wahab berkata, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu ini tidak mengalami kecederaan yang serius.


JOM KLIK KLIK SINI:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...