Nak Souvenier best?

Showing posts with label Libya. Show all posts
Showing posts with label Libya. Show all posts

Kenapa Libya diserang?

~Kenapa Libya diserang ye?.. Apa salah Gaddafi tu? Oke la kalau Gaddafi tu bersalah pun.. Kenapa nak serang orang awam juga?..

TRIPOLI - Selepas hampir 42 tahun di puncak kuasa, Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi dikejutkan dengan serangan 112 peluru berpandu Tomahawk pada awal pagi semalam yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya.

Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq tamat hampir lapan tahun lalu apatah lagi dunia melihatnya sebagai usaha terbaru Barat untuk memaksa Gaddafi berundur.

Selain AS, perikatan Barat itu terdiri daripada Britain, Perancis, Kanada dan Itali.

Kapal Amerika Syarikat yang terlibat dalam serangan itu termasuklah USS Barry, USS Stout, USS Providence, USS Scranton dan USS Florida dengan dibantu sebuah kapal selam Britain, Westminster.



Mata Wang Libya (RM484.72 juta) Ditahan.

~Banyak tu dalam satu kapal.. 400 juta tu.. 'Kalau diberi 1 juta' apa kawan-kawan nak buat ye?

LONDON - Sebuah kapal yang membawa kira-kira AS$160 juta dalam mata wang Libya (RM484.72 juta) ditahan selepas ia berpatah balik semasa menuju ke Libya, kata seorang pegawai kerajaan semalam.

Menurutnya, kapal itu kembali ke Britain selepas anak-anak kapal tersebut memutuskan untuk tidak berlabuh di sebuah pelabuhan di Tripoli, Libya kerana pergolakan yang berlaku di sana.

Pegawai tersebut berkata, kapal itu dilaporkan kembali ke pelabuhan Harwich di timur England dengan diiringi oleh bot Agensi Sempadan Britain.

Sejumlah kontena yang mengandungi mata wang tersebut dipindahkan dari kapal berkenaan ke sebuah lokasi yang rahsia.

Britain sebelum ini memutuskan untuk melarang ekport mata wang Libya sejajar dengan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) ke atas negara itu.

Peta Mesir / Egypt Map / Peta Dunia: Mesir / World Map Egypt

Disebabkan tidak mempelajari Geografi Dunia, maka tidakle diketahui dengan jelas kedudukan Negara Mesir itu. OLeh itu, mencarila Peta Mesir atau Egypt Map agar kelihatan lebih jelas.. Kalau tanya k teratai: pemilik kelipkelipkehidupan, mesti dia tau kan.. Ada tak juga kawan kawan yang tak tahu kedudukan negara Mesir ni?.. Kalau nak tahu, teruskan membaca atau tengokle gambar kat bawah entry ni ye.

Peta Dunia: Mesir.. Rupenya Mesir ni berjiran dengan Saudi Arabia, Jordan, Sudan dan Libya. Barulah tahu kan.. Sebelum ni kurang mengambil tahu.. kerana kurang minat. Yang selalu perasan ialah Kaherah merupakan ibu negara Mesir.. Itupun sebab tengok dalam TV je part masa ramalan cuaca ibukota di seluruh dunia.

Kalau dulu dulu anggap negara Arab tu satu je.. Mesir je.. Rupanya tidaklah kan... Ternyata masa tu ibarat katak di bawah tempurung. Kalau tak ambil subjek Geografi Dunia dan tak ada line internet macam sekarang, mungkin anggapan itu kekal sehingga kini..

Oke la.. berikut nak share gambar Peta Mesir / Map of Egypt.
~Alang alang nak tahu untuk diri sendiri.. lebih baik share terus kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...