LONDON - Sebuah kapal yang membawa kira-kira AS$160 juta dalam mata wang Libya (RM484.72 juta) ditahan selepas ia berpatah balik semasa menuju ke Libya, kata seorang pegawai kerajaan semalam.
Menurutnya, kapal itu kembali ke Britain selepas anak-anak kapal tersebut memutuskan untuk tidak berlabuh di sebuah pelabuhan di Tripoli, Libya kerana pergolakan yang berlaku di sana.
Pegawai tersebut berkata, kapal itu dilaporkan kembali ke pelabuhan Harwich di timur England dengan diiringi oleh bot Agensi Sempadan Britain.
Sejumlah kontena yang mengandungi mata wang tersebut dipindahkan dari kapal berkenaan ke sebuah lokasi yang rahsia.
Britain sebelum ini memutuskan untuk melarang ekport mata wang Libya sejajar dengan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) ke atas negara itu.
1 comments:
kalau dapat 1juta akan beranak kan duit tue...
Post a Comment