LIVERPOOL VS MALAYSIA.
-(ko)
“Saya tak faham apa yang mereka (peminat) mahu. Saya fikirkan mereka sudah cukup bijak. Mereka tak boleh samakan skuad kebangsaan dengan kelab Liga Perdana England. “Kita amat memerlukan sokongan peminat pada saat genting menghadapi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura. “Sebagai rakyat Malaysia dan menetap di Malaysia, bukan saya nak kata kita tak boleh sokong kelab Liga Perdana England.
“Tetapi kenapa tak boleh sehari sahaja datang ke stadium pakai jersi Malaysia? Saya harap esok (hari ini) ramai yang datang dengan jersi Malaysia, terutamanya warna biru,” kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam. Pada aksi bertemu Arsenal Rabu lalu, majoriti stadium dipenuhi peminat yang hadir dengan jersi merah dan tambah mengecewakan Rajagobal, anak-anak buahnya diejek setiap kali melakukan kesilapan.
“Bila Arsenal terlepas peluang, mereka tidak diejek tetapi bila kita buat silap, kena ejek. Mereka tak boleh nak banding pemain kita dengan pemain lawan. Arse- nal pun mampu tewaskan pasu- kan sehebat Barcelona. “Jadi saya sangat berharap warga Malaysia yang hadir ke stadium esok (hari ini) memberi sokongan padu kepada sku- ad negara sendiri,” tegas Raja- gobal.
Selepas sesi latihan petang semalam, Rajagobal mengesahkan dua pemainnya, Aidil Zafuan Radzak dan Norshahrul Idlan Talaha tidak dapat diturunkan akibat kecederaan buku lali dan hamstring. “Saya sudah panggil dua pengganti iaitu Ismail Faruqi Ashari dan Izzaq Faris Ramlan semalam (kelmarin) dan akan mencuba mereka. Jika memuaskan, mereka mungkin diselit untuk skuad ke Singapura,” ujarnya.
Terkedu?. Kena Gelak Sebab Man U Kalah?
STATUS Manchester United selaku pendahulu Liga Perdana England semakin tercalar selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut.
Setelah tewas 1-2 kepada Chelsea pada awal pagi Rabu lalu, skuad kendalian Alex Ferguson itu menerima malu lebih besar apabila tunduk 1-3 kepada Liverpool di Anfield malam tadi.
Hatrik daripada penyerang Belanda, Dirk Kuyt sudah cukup untuk membuatkan Liverpool terus melonjak ke tangga keenam liga.
United kini kekal dengan kelebihan tiga mata di persada liga berbanding pasukan di tangga kedua, Arsenal tetapi skuad The Gunners kurang satu perlawanan.
Kuyt membuka tirai jaringan pada minit ke-34 setelah mudah menolak masuk bola hasil gerakan solo Luis Suarez yang berjaya memperdayakan beberapa pemain pertahanan United.
Lima minit kemudian, Kuyt sekali lagi mudah menolak masuk gol kedua Liverpool berpunca daripada kesilapan Nani.
Sejurus kemudian, Nani terpaksa diusung keluar setelah diterjah keras oleh Jamie Carragher.
Sisa perjuangan United berakhir selepas Kuyt melengkapkan hatriknya pada minit ke-65 setelah penjaga gol United, Edwin van der Sar gagal menangkap kemas sepakan percuma Suarez.
Javier Hernandez yang masuk menggantikan Nani bagaimanapun berjaya menjaringkan gol sagu hati buat United pada masa kecederaan. – Agensi
~Minat bola sepak ke?.. Sebab apa minat?.. Kepuasan?.. Atau saja nak ikut orang minat, kita pun nak ikut..
SSS- Jom bikin konsert oleh BEN ASHAARI
- Di Padang bola tempat pasukan Liverpool selalu prektis.
- Harga tiket : sama je semua RM12.25sen.. (Boleh bayar melalui cimbclicks.. tapi kalau takde cimbclicks punye akaun melalui Maybank2u pun kira boleh juga la..[harimau tinggi yang hensem]).
- Selamat Datang ke Konsert Penuh Kejimbaan ini..
- Penonton di kalangan mereka yang berjiwa kanak kanak ribena tidak mengira status.
- Lagu yang bakal didendangkan: Bebiri Hitam Ba Ba, Dayung Sampan, Bintang Kecil Berkelipan, Tiga Ekor Tikus Buta, Adakah Anda Tidur, Ba Ba Black sheep, Row Row Your Boat, Twinkle Little Star, Three Blind Mice, Are You Sleeping Brother Ben.. - Bertepatan dengan tema konsert untuk berjimba riang ria..
- Jemput Miley Cyrus.
- Lagu penutup: Lagu Tiga Kupang.
- Terima Kasih.. Sila Datang Lagi..
- Duit Kutipan?.. Separuh didermakan.. Separuh lagi.. simpan kot kot nak kena bayar LHDN.
