Nak Souvenier best?

LIVERPOOL VS MALAYSIA.

Ceroi o ceroi.. SOKONG SIAPA YE?..

-(ko)
“Saya tak faham apa yang mereka (peminat) mahu. Saya fikirkan mereka sudah cukup bijak. Mereka tak boleh samakan skuad kebangsaan dengan kelab Liga Perdana England. “Kita amat memerlukan sokongan peminat pada saat genting menghadapi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura. “Sebagai rakyat Malaysia dan menetap di Malaysia, bukan saya nak kata kita tak boleh sokong kelab Liga Perdana England.

“Tetapi kenapa tak boleh sehari sahaja datang ke stadium pakai jersi Malaysia? Saya harap esok (hari ini) ramai yang datang dengan jersi Malaysia, terutamanya warna biru,” kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam. Pada aksi bertemu Arsenal Rabu lalu, majoriti stadium dipenuhi peminat yang hadir dengan jersi merah dan tambah mengecewakan Rajagobal, anak-anak buahnya diejek setiap kali melakukan kesilapan.

“Bila Arsenal terlepas peluang, mereka tidak diejek tetapi bila kita buat silap, kena ejek. Mereka tak boleh nak banding pemain kita dengan pemain lawan. Arse- nal pun mampu tewaskan pasu- kan sehebat Barcelona. “Jadi saya sangat berharap warga Malaysia yang hadir ke stadium esok (hari ini) memberi sokongan padu kepada sku- ad negara sendiri,” tegas Raja- gobal.

Selepas sesi latihan petang semalam, Rajagobal mengesahkan dua pemainnya, Aidil Zafuan Radzak dan Norshahrul Idlan Talaha tidak dapat diturunkan akibat kecederaan buku lali dan hamstring. “Saya sudah panggil dua pengganti iaitu Ismail Faruqi Ashari dan Izzaq Faris Ramlan semalam (kelmarin) dan akan mencuba mereka. Jika memuaskan, mereka mungkin diselit untuk skuad ke Singapura,” ujarnya.

3 comments:

Nurul Ain said...

tapi mmg hakikatnya malam ni mungkin lagi rmi penyokong liverpool dri m'sia. apa-apa pun go malaysia go!

diana said...

payah nak cakap sebab manusia ni bila dia terlampau suka dia boleh jadi lupa diri..
macam orang bercinta la..
mak pak kata jangan,
bukan nak ikut pun..
lebih sayang kekasih dari keluarga..

Bui Junaidi said...

penyokong malaysia ni dh tlalu taksub dgn pasukan luar,sampai lupa nk sokong tanah air sendiri..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...