Baru je dapat TWEET dari staronline tadi dan kebetulan dalam Berita 1.30 ni pun siarkan juga tentang laluan KTMB TERGENDALA DI STESEN KUALA LUMPUR. Puncanya adalah ekoran sebuah kren yang mengalami kerosakan sehingga terbalik dan menghalang laluan dari Platform 1 hingga 3. Hanya laluan 4 sahaja berfungsi.
Oleh itu alternatif yang diberikan adalah akan ada pengangkutan bas yang disediakan yang membawa penumpang dari STESEN BANK NEGARA je KL SENTRAL dan begitu juga sebaliknya.
Kerja kerja pembaikpulihan giat dijalankan, namun tak tahu sampai bila akan selesai. Jadi, buat kawan kawan yang bercadang menggunakan laluan tersebut kenala rancang perjalanan. Ye la kot kot nanti perjalanan yang srkejap tu boleh memakan masa sehingga dua kali ganda.
Kalau sesiapa yang nak kongsi berita ni dipersilakan. Semoga kejadian LALUAN KTMB TERGENDALA 16JULAI ni tidak akan berulang..
Selamat Berhujung Minggu..
0 comments:
Post a Comment