Nak Souvenier best?

Showing posts with label Mark Facebook. Show all posts
Showing posts with label Mark Facebook. Show all posts

Idea Facebook Dicuri?.. Hutang 1.6 Billion!

~Macam mana nak buktikan sesuatu idea tu dicuri ye?..

LONDON - Sepasang kembar lelaki, Cameron dan Tyler Winklevoss dari Amerika Syarikat (AS), mendakwa pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg berhutang dengan mereka sebanyak £310 juta (RM1.5 bilion).

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar Britain yang disiarkan kelmarin, pasangan kembar tersebut menyuarakan perasaan tidak puas hati kerana mereka yang bersusah payah mencipta laman web jaringan sosial tetapi Zuckerberg, 26, dan Facebook pula yang mendapat nama.

"Kami tidak bencikan Mark Zuckerberg. Kami cuma kasihankan dia kerana kami berpendapat dia tidak dapat membezakan perbuatan yang bermoral dan yang tidak bermoral," kata Cameron.

Dia membuat komen tersebut ketika ditanya tentang keputusan mereka untuk sekali lagi menyaman Zuckerberg di mahkamah AS bagi menuntut ganti rugi £310 juta kerana mendakwa pemuda itu mencuri idea mereka untuk mencipta Facebook.

Sebelum ini, pada tahun 2008, pasangan kembar itu bersetuju untuk menyelesaikan persengketaan mereka di luar mahkamah dengan Zuckerberg bersetuju membayar mereka £12.4 juta (RM61 juta) dalam bentuk wang tunai dan £28 juta (RM138 juta) lagi dalam bentuk saham Facebook

Gambar Rumah Baru Mark Pengasas Facebook

Orang yang kaya raya ni pun pilih cara yang sederhana untuk hidup. Dan amat tak faham kalau yang tak berapa nak kaya tu 'hidup bergaya', lepas tu berlagak pula tu.. Manusia, macam macam karenahnya..

Jangan le berpegang pada slogan 'biar papa asal bergaya'

Untungla jadi Mark ni ye.. Dengan Facebook aje dah dapat jadi individu terkaya..


SEBUAH kereta Honda Acura berwarna merah milik Mark Zuckerberg (kiri) diletakkan di rumah sewanya di Palo Alto, California baru-baru ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...