Nak Souvenier best?

Showing posts with label Sultan. Show all posts
Showing posts with label Sultan. Show all posts

Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Sumber wiki:

Baginda telah dilahirkan pada 22 Januari1962 di Istana Al-MuktafiKuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di luar negara di pusat pendidikan berprestij iaituGeelong Grammar School di GeelongAustralia. Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di U.S. International University-Europe di London, memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera di International Relationshipspada 9 Jun 1988.
Baginda telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages daripada 2 November 1982 hingga31 Mei 1983, dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst di England daripada 3 Mei1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Disember 1983. Baginda telah dikomisyenkan pangkat Leftenen pada 1 Mac 1984 dan telah memberikan khidmatnya di Askar Berkuda DiRaja.
Baginda telah dianugerahkan Putera Mahkota negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudiannya di lantik sebagai pemangku Sultan Terengganu daripada 20 Oktober hingga 8 November 1990.
Baginda sememangnya meminati sukan berkuda dan menyukai makanan barat kerana baginda amat menitik beratkan soal pemakanan baginda. Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama yang diputerakan selepas kemerdekaan dan kedua termuda ketika ditabalkan iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail yang ditabalkan ketika berusia 40 tahun

Hari Keputeraan.

Setelah diselidik.. Tak berjaya menjumpai maksud HARI KEPUTERAAN tu.
Kak Ayu.. tak dapatle nak bantu.

Tapi dapat le juga maklumat lain..

Tentang Yang DiPertuan Agong:


Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasaeksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat)Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri[1].

Daulat Tuanku.

Besok Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong Malaysia.
Tahniah.
Apakah yang dimaksudkan dengan HARI KEPUTERAAN.
Adakah hari lahir beliau?
Atau..
Adakah hari beliau ditabalkan menjadi Sultan.?
Kalau kawan- kawan yang tahu..
Silakan berkongsi di sini.

Bagi yang hari lahirnya harini.. Tahniah..
Dan selamat pengantin baru bagi yang berkahwin pada hari ni..

Ohye, sekarang dah masuk bulan Rejab. Lagi beberapa hari nak masuk Ramadhan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...