Nak Souvenier best?

Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Sumber wiki:

Baginda telah dilahirkan pada 22 Januari1962 di Istana Al-MuktafiKuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di luar negara di pusat pendidikan berprestij iaituGeelong Grammar School di GeelongAustralia. Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di U.S. International University-Europe di London, memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera di International Relationshipspada 9 Jun 1988.
Baginda telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages daripada 2 November 1982 hingga31 Mei 1983, dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst di England daripada 3 Mei1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Disember 1983. Baginda telah dikomisyenkan pangkat Leftenen pada 1 Mac 1984 dan telah memberikan khidmatnya di Askar Berkuda DiRaja.
Baginda telah dianugerahkan Putera Mahkota negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudiannya di lantik sebagai pemangku Sultan Terengganu daripada 20 Oktober hingga 8 November 1990.
Baginda sememangnya meminati sukan berkuda dan menyukai makanan barat kerana baginda amat menitik beratkan soal pemakanan baginda. Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama yang diputerakan selepas kemerdekaan dan kedua termuda ketika ditabalkan iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail yang ditabalkan ketika berusia 40 tahun

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...