Nak Souvenier best?

BOMOH JIN..

Lanjut kat sini.. http://www.sinarharian.com.my/sh/kolumnis/content.asp?ID=269
sedikit yang dicopy.


Semua orang yang waras pasti berasa sedih dengan kematian Faisal Harun. Bukan sahaja sedih, tetapi juga kesal dan sekali gus marah. Kalaulah ada sedikit kewarasan, remaja 26 tahun itu mungkin dapat diselamatkan.
Doktor mengesahkan anak muda dari Kampung Gong Beris, Marang, Terengganu itu mati akibat lemas, setelah dikatakan dipaksa minum air dalam kuantiti banyak termasuk melalui hos getah yang dimasukkan ke mulut mangsa.
Setakat rencana ditulis polis masih memburu seorang bomoh wanita warga Thai berhubung kes ini yang akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Faisal mulanya mengalami gangguan fikiran, tetapi bomoh berusia 43 tahun itu memberitahu mangsa terkena buatan orang. Konon mangsa perlu minum banyak air sehingga muntah untuk mengeluarkan jin yang merasuk dalam badan.
Keluarga mangsa yang ada semasa rawatan dilakukan melihat sendiri bomoh memasukkan salur getah ke mulut mangsa. Paip dibuka dan mangsa meronta-ronta sebab terlalu banyak air masuk ke perut.
Menurut laporan media, oleh sebab tidak tergamak melihat cara mangsa dirawat, anggota keluarga beredar dan menunggu di luar rumah. Beberapa ketika kemudian bomoh memberitahu jin sudah dihalau, tetapi mangsa pengsan. Mangsa dikejarkan ke klinik, dan meninggal dunia.

~Betul kata penulis tersebut.. kalau kita sebagai orang biasa yang berfikiran logik pun.. takkan tergamak melihat mangsa dianiaya sebegitu rupa..

2 comments:

Unknown said...

ya allah,family dia pun kenapa x ambil tindakan bila tengok dia diperlakukan sebegitu..isk2..x patut betul..

Nurul Jannah said...

x bole percaya bomoh:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...