Nak Souvenier best?

AYAT-AYAT CINTA.

~Sedap juga kan nama Fahri ni.. bolehla cop buat nama anak-anak nanti..


Ayat Ayat Cinta merupakan kisah cinta bersifat Islamik yang dikarang dengan sebegitu cantik – ia mengisahkan seorang protagonis Islam yang terpaksa menempuh semua halangan dalam hidup sambil mengekalkan kepercayaan Islam yang tulen.
Fedi Nuril sebagai Fahri bin Abdillah adalah seorang pelajar yang miskin tetapi pintar serta memperoleh biasiswa bagi menamatkan pengajiannya di Universiti Al AzharMesir. Seorang yang sangat berdisiplin serta berdedikasi, Fahri mengharungi liku-liku kehidupan di Kaherah, menamatkan pengajiannya di samping menterjemah buku-buku agama dengan penuh minat.
Hanya satu sahaja matlamat yang masih belum tercapai - berkahwin.
Fahri seorang yang taat dan 'lurus', serta tidak mempercayai konsep hubungan sebelum perkahwinan. Dia menjadi kelu serta pemalu ketika berdepan dengan perempuan. Sepanjang hidupnya, hanya dua orang perempuan sahaja yang akrab dengannya - ibunya dan neneknya.
Kehidupannya berubah di Mesir apabila dia dikelilingi empat wanita cantik yang berbeza latar belakang masing-masing.
Carissa Putri sebagai Maria Girgis, seorang jiran beragama Kristian Koptik yang mula tertarik pada ajaran al-Quran, mendapati dirinya sudah jatuh cinta pada Fahri (fakta yang selama ini hanya terpendam dalam diarinya).
Melanie Putria sebagai Nurul, seorang pelajar Al Azhar seperti Fahri, merupakan anak kepada seorang kiyai Indonesia terkenal. Fahri berasa dirinya tidak layak untuk Nurul serta mengabaikan perasaannya terhadap Nurul, membuatkan Nurul menjadi keliru.
Zaskia Adya Mecca sebagai Noura, jiran Mesir yang sering diseksa ayahnya sendiri, memendam perasaan sayang yang kuat terhadap Fahri, yang kemudiannya hanya sekadar bersimpati dengan keadaan dirinya. Penolakan Fahri mengecewakannya dan seterusnya membawa kepada tuduhan rogol terhadap Fahri.
Rianti Cartwright sebagai Aisha, seorang pelajar berbangsa Jerman-Turki di Kaherah yang memukau Fahri dengan matanya yang cantik. Sejak insiden di Metro Kaherah di mana Fahri membela Islam daripada tanggapan yang kolot, kedua-duanya saling jatuh cinta antara satu sama lain.

5 comments:

Zue Cancer said...

zue pon da giler nagn cite ni best betoi. tapi minat name kat ketika cinta betasbih ayatul husna sedap kan?

diana II said...

wahh,ska2 cter ni.bru je tgk

MyMye MyMya said...

bleh la than citer nie...heheh :D

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

xperenah dapat tgk sampai abes....

Ikhwan.com said...

best..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...