Nak Souvenier best?

STIGMA MAK NYAH..

Sambil baca mstar sambil nak blogwalking. SIapa tengah free?.. Jom blogwalking..


SERANGAN stigma negatif terhadap mak nyah merupakan faktor utama yang memaksa golongan tersebut terjerumus ke dalam dunia hitam. Prejudis tidak berkesudahan daripada media, pemimpin agama, majikan, dan ahli keluarga sendiri membuatkan golongan transgender itu memilih kelompok salah sehingga terbabit gejala sosial seperti pelacuran dan penyalahgunaan dadah.
Pun begitu, tidak semua transgender (TG) mahu terus sesat dan bergelumang dosa. Sebaliknya, ramai di antara mereka terbuka kepada peluang untuk memperbaiki diri dari aspek fizikal dan kerohanian demi mencari asas menjalani kehidupan normal seperti orang lain.
Justeru tidak hairanlah Program Mukhayyam Bersama Golongan Mak Nyah Siri II anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia (MAC), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Dagang Halal di Kuantan, Pahang minggu lalu mendapat sambutan hangat di kalangan mak nyah sekitar Pahang.
Antaranya, maknyah veteran digelar ‘Kak June’ yang sejak lebih sedekad lalu menanam hasrat untuk membantu ‘adik-adik’ (maknyah generasi baru) membina kehidupan lebih baik dan membuang persepsi masyarakat bahawa golongan itu tidak mempunyai masa depan.
Kak June, 48, yang berasal dari Kuantan berkata, dia bertuah kerana dihormati oleh ‘adik-adik’ lain yang memberi peluang kepadanya untuk mendekati dan membantu golongan itu dengan berkesan.
“Kak June bersyukur kerana mereka hormatkan saya dan rasa hormat itu lebih baik daripada mereka takutkan saya. Saya tidak mahu itu berlaku. Peluang ini yang saya ambil untuk mendekatkan diri dengan mereka dan mengetahui masalah dan cara untuk membantu,” katanya kepada Mingguan mStar.
Memuji program Mukhayyam yang turut mendapat sokongan padu Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Kak June gembira dengan inisatif para pemimpin agama turun padang bagi menarik lebih ramai golongan mak nyah menyertai program seumpama itu.
“Sebelum ini mereka hanya tahu menghukum kami tanpa menyelami sisi lain golongan mak nyah. Syukur pendekatan yang digunakan oleh JAKIM nyata memberi medium kepada golongan ini untuk mengadu nasib dan mendapatkan bantuan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...