Nak Souvenier best?

OK.. Ini Berita nya..

MALAYSIA sudah menempah tempat dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia bersama-sama Australia, Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Iraq, Oman, Qatar, Syria dan Uzbekistan bagi saingan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012.
Tiga daripada pasukan-pasukan ini bakal diundi satu kumpulan dengan Malaysia pada majlis undian di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Bukit Jalil pada 7 Julai depan.
Tiga juara kumpulan akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London manakala tiga naib juara bakal bertemu sesama sendiri pada 25 hingga 29 Mac 2012 untuk dipilih menentang lawan dari Zon Afrika bagi merebut satu slot playoff.
Apa yang pasti, Malaysia membawa status sebagai wakil tunggal Asia Tenggara bagi menghadapi pusingan terakhir kelayakan Zon Asia itu yang dimonopoli negara-negara Timur Tengah.
Terdahulu pada pusingan pertama, Malaysia menyingkirkan Pakistan dengan agregat 2-0 setelah menang 2-0 di Shah Alam dan seri 0-0 di Lahore.
Pada pusingan kedua, Malaysia mengetepikan Lebanon 2-1 menerusi agregat 2-1 setelah seri 0-0 di Beirut pada Ahad lalu dan menang 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.
Bagi jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee, kejayaan melangkah ke pusingan terakhir Zon Asia itu berjaya menangkis keraguan sesetengah pihak terhadap kemampuan dirinya dan juga anak-anak buahnya.
Namun Kim Swee, 41, sedar enam perlawanan peringkat kumpulan yang bakal dihadapinya pada 21 September, 23 November, 27 November, 5 Februari 2012, 22 Februari 2012 dan 14 Mac 2012 merupakan cabaran yang cukup sukar.
"Saya rasa kita tiada pilihan untuk memilih pasukan mana yang mahu diundi bersama kita. Saya sedar harapan para peminat bola sepak negara begitu tinggi.
"Tapi kita kena realistik sekiranya ditakdirkan diundi satu kumpulan dengan pasukan-pasukan kuat seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam kelmarin.
Namun sedikit masalah bakal dihadapi Kim Swee kerana dia dan sebahagian besar skuadnya akan turut bersaing pada Sukan SEA 2011 di Jakarta dari 11 hingga 22 November depan.
"Memang jadual cukup ketat pada November depan. Keutamaan bukan saja pada Kelayakan Olimpik ini tetapi juga untuk kita mempertahankan pingat emas Sukan SEA.
"Mungkin kita akan tulis surat kepada FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) untuk menunda perlawanan kedua pada 23 November itu kerana ia hanya berlangsung sehari selepas Sukan SEA," jelas Kim Swee.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...