Nak Souvenier best?

Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP) , Bahan Kimia Produk Makanan.

Bila baca berita kat bawah ni terus tergerak hati nak mencari apa itu DEHP.
Juga dikenali dioctyl phthalate atau DOP.
Sejenis bahan digunakan dalam pembuatan plastik.
Kenapa glamer sangat pula?
Kebelakangan ni kan heboh isu produk makanan yang dicemari BAHAN KIMIA ini.
Ia berisiko mengganggu kesihatan manusia. Ye la kan kalau dah tercemar, siapa nak makan.. Kalau ada yang nak berkongsi info lagi.. silakan..


KUALA LUMPUR: Sepuluh lagi produk makanan keluaran Taiwan disahkan tidak dicemari bahan kimia Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP) selepas dianalisis oleh Kementerian Kesihatan.
Produk itu ialah Premium White Milk Tea Drink dan Finest Quality Milk Tea Drink jenama Mine Shine; Tomato Drink jenama Red Gold Bank; Grape Seeds Drink; Multigrain Activate Tea; dan Vegetable & Fruit Drink jenama AGV; Spinach Noodle dan Tomoshiraga Somen jenama Wu-Mu; Oat Biscuits jenama I Mei dan Sweet Bean Sauce jenama Master.
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Noraini Mohd Othman berkata orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.
"Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) kementerian di talian 03-88833652/03-88833653 atau melayari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin. - BERNAMA

1 comments:

thobibfilmanzil said...

ermmm.. menarik artikel ni...boleh saya share? tq=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...