Nak Souvenier best?

Talasemia.

~Kalau kita disahkan ada Talasemia seeloknya jangan berkahwin dengan mereka yang juga menghidapi penyakit sama..


KANGAR — Sebanyak 107 penduduk Perlis dikesan menghidap Talasemia selepas mereka menjalani ujian saringan darah sepanjang tahun lalu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.
Beliau berkata, angka itu adalah 3.3 peratus daripada 3,262 penduduk yang menjalani ujian saringan pada 2010.
"Talasemia adalah sejenis penyakit genetik sel darah merah yang boleh diwarisi daripada ibu bapa, dan penghidapnya menanggung kesakitan untuk menjalani pemindahan darah setiap bulan,” katanya ketika berucap merasmikan kem Klinik Kesihatan Kangar sempena sambutan Hari Talasemia 2011 di Taman Datuk Jaafar di sini hari ini.
Beliau berkata, jika pesakit adalah kanak-kanak, maka ibu bapa terpaksa mengawal emosi dan fizikal mereka selain menanggung beban kewangan untuk merawat penyakit itu.
"Saya berbangga dengan ibu bapa yang sanggup berkorban terhadap anak-anak yang menghidap penyakit ini, dan saya juga berharap orang ramai mengambil sedikit masa untuk menjalani ujian saringan Talasemia, kerana sedikit pergorbanan darah kita akan memelihara masa depan anak-anak kita,” katanya. — Bernama

4 comments:

bantalbucuk said...

talasemia ni maksudnya macam mana ek..? dari dulu tak paham..huhu

yad'z said...

yup.. my niece die ade talasemia.. husben die tak de.. =)

abu muaz said...

t.kasih atas info ini

belogkiter said...

kawan i chinese , dia kata penyakit ni memang banyak dari kaum cina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...