Nak Souvenier best?

Showing posts with label antibiotik. Show all posts
Showing posts with label antibiotik. Show all posts

Superman Spesis Bakteria = Superbug..

KUANTAN - Kementerian Kesihatan tidak pernah leka daripada membuat pemantauan bagi mengesan kes superbug di Malaysia walaupun kes itu tidak lagi dikesan dalam negara sejak September lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, orang ramai sentiasa diingatkan supaya tidak mengambil antibiotik sewenang-wenangnya sehingga memberi kesan kepada sistem pertahanan badan.

"Jika ambil antibiotik sebarangan, bakteria yang ada tidak mati malah lahir bakteria yang lain pula," katanya selepas menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Superbug atau nama saintitiknya, NDM-1 (New Delhi metallo-lactamase-1), ialah sejenis enzim yang dikesan mampu memusnahkan hampir semua antibiotik serta menjadikan mereka tidak berkesan melawan penyakit.

Kes superbug pertama dikesan di Malaysia pada September tahun lalu membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun, namun dia sembuh selepas menerima rawatan daripada sebuah hospital.-Bernama

SUPERBUG..

~kuman pun dah jadi superhero.. macam superman,spiderman etc etc...punca berlaku ni bilamana bila kuman itu sudah kebal kepada antibiotik- contohnya bila kita tidak menghabiskan sesuatu jenis antibiotik yang diberi utk merawat sesuatu penyakit itu (secara ringkas)

IMR Selaras Pengawasan Bakteria Untuk Kesan Superbug: Dr Ismail Merican

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kini menyelaras pengawasan bakteria untuk mengesan gen New Delhi Metallo-beta-lactamase (NDM-1), yang menjadikan bakteria kebal kepada hampir semua antibiotik, menjadikannya sebagai 'Superbug".

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata pengawasan itu dijalankan oleh sebuah rangkaian makmal mikrobiologi yang berpusat di hospital.

"Sungguhpun kekebalan NDM-1 tidak dilihat berlaku dengan kerap di Malaysia pada masa ini, namun turutan gen akan dilakukan untuk mengesan gen NDM-1 dalam bakteria gut di IMR di masa depan," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Beliau berkata pada masa ini, E.Coli (bakteria gut) dan bakteria pneumonia kebal kepada carbapenems, iaitu sejenis antibiotik beta-laktam dengan aktiviti antibakteria spektrum luas di Malaysia adalah rendah, iaitu kira-kira hanya 0.2 peratus.

Gene NDM-1 pada mulanya dikesan di India tetapi kini merebak secara meluas di beberapa tempat di benua kecil India. Ia kini dikesan secara terasing di United Kingdom dan turut dilaporkan di Amerika Syarikat, Kanada, Sweden, Australia dan Belanda.



-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...