Nak Souvenier best?

Showing posts with label Datuk Seri Liow Tiong Lai. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Liow Tiong Lai. Show all posts

Kena Malaria?

~tak pernah kena Malaria dan minta dijauhkan.. Kalau nak masuk hutan kena makan ni kan?


KUALA LUMPUR – Para pesakit malaria kini mempunyai pilihan ubat baharu bagi merawat penyakit tersebut dengan lebih berkesan dan cepat iaitu fixed-dose combination treatment of Artesunate-Mefloquine atau dikenali AS-MQ FDC.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ubat AS-MQ FDC diperkenalkan oleh sebuah institut penyelidikan bebas yang berpangkalan di Switzerland, Drugs for Neglected Diseases Initiatives (DNDi) dan ia mampu merawat penyakit tersebut dalam tempoh tiga hari berbanding tujuh hingga 14 hari sebelum ini.
Katanya, AS-MQ FDC adalah gabungan dua jenis dadah yang digunakan untuk merawat malaria iaitu Artesunate dan Mefloquine yang dahulunya dimakan secara berasingan tetapi kini didatangkan dalam satu pil sahaja.
“Pesakit hanya perlu makan pil itu sebiji sehari dan dimakan selama tiga hari. Hasilnya juga cepat dan memberangsangkan berbanding sebelum ini kerana pesakit mengambil masa yang lama iaitu sehingga 14 hari untuk sembuh.
“AS-MQ FDC dijual pada harga RM9 untuk tiga biji bagi dewasa dan RM4 hingga RM5 untuk kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar semalam.


Superman Spesis Bakteria = Superbug..

KUANTAN - Kementerian Kesihatan tidak pernah leka daripada membuat pemantauan bagi mengesan kes superbug di Malaysia walaupun kes itu tidak lagi dikesan dalam negara sejak September lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, orang ramai sentiasa diingatkan supaya tidak mengambil antibiotik sewenang-wenangnya sehingga memberi kesan kepada sistem pertahanan badan.

"Jika ambil antibiotik sebarangan, bakteria yang ada tidak mati malah lahir bakteria yang lain pula," katanya selepas menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Superbug atau nama saintitiknya, NDM-1 (New Delhi metallo-lactamase-1), ialah sejenis enzim yang dikesan mampu memusnahkan hampir semua antibiotik serta menjadikan mereka tidak berkesan melawan penyakit.

Kes superbug pertama dikesan di Malaysia pada September tahun lalu membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun, namun dia sembuh selepas menerima rawatan daripada sebuah hospital.-Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...