Kena Malaria?
Penggunaan shisha di antara 20 minit hingga 80 minit..
- Beliau sendiri kurang faham dengan stigma rakyat negara ini yang sering mengaitkan penyakit tibi dengan santau."Sebagai doktor pakar tibi yang berpengalaman lebih sedekad, saya sering berjumpa kes yang mengaitkan batuk berdarah dikaitkan dengan santau."Biasalah bomoh, dia akan cakap orang ni, orang itu buatlah. Lepas itu, bagi ubat jampi tapi masalahnya, mangsa tidak sembuh-sembuh," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu dokumen yang bertajuk, Tobacco: Deadly In Any Form or Disguise menyatakan, tembakau dalam sebarang bentuk termasuk shisha tetap berupaya mendatangkan bahaya kepada penggunanya.
Satu sesi penggunaan shisha di antara 20 minit hingga 80 minit akan mendedahkan penggunanya kepada asap yang lebih banyak pada masa yang lebih lama berbanding sebatang rokok.
Asap daripada shisha yang terhasil daripada pembakaran tembakau dan arang juga mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida. Selain itu, ia juga terkandung hidrokarbon (benzene dan benzo-pyrene) yang dikatakan elemen penyebab kanser tetapi kadarnya belum dapat dipastikan
- "Setiap tahun berlaku peningkatan pesakit tibi dan tahun lalu saja ia mencecah hingga 18,000 kes, membabitkan kira-kira 1,600 kematian yang dibimbangi terus meningkat," ujarnya sambil memberitahu, IPR sering menerima pesakit pada tahap kritikal. Sedangkan penyakit tibi sebenarnya dapat disembuhkan dalam tempoh enam bulan mengikut preskripsi yang ditetapkan.
Justeru, beliau menyarankan agar orang ramai yang mengalami simptom tibi segera berjumpa doktor yang bertauliah untuk dapatkan nasihat.
"Janganlah kerana kita, orang lain yang tak bersalah turut terjejas
~Sama-samalah jaga kesihatan kita ye Kawan-kawan.
Kalau Macam Ni ,Tak Jadi Ke Bali...Legionnaire
~Baca kat Kosmo ni..
DENPASAR - Pihak berkuasa Indonesia masih menyiasat laporan tentang wabak penyakit legionnaire yang merebak di pulau peranginan Bali, kata seorang pegawai semalam selepas 10 warga Australia pulang ke negara asal mereka dengan dijangkiti penyakit tersebut.
Ketua Jabatan Kesihatan Bali, Nyoman Sutedja berkata, kerajaan Australia telah memberikan maklumat mengenai kemungkinan berlakunya wabak tersebut tetapi setakat ini tiada tanda-tanda penyakit itu ditemui.
"Kami sedang menyiasat selepas menerima satu laporan daripada konsulat Indonesia. Kami tidak menerima laporan mengenai individu yang dijangkiti penyakit legionnaire daripada hospital-hospital di sini," katanya.
"Pihak kami percaya penyakit itu berpunca daripada hotel-hotel yang gagal menyediakan bekalan air bersih," tambahnya.
Jabatan Kesihatan Australia Barat memberi amaran kepada rakyat negara itu yang melawat Bali baru-baru ini supaya berwaspada mengenai simptom penyakit legionnaire yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.
Simpton penyakit legionnaire menyerupai selesema yang antara lain seperti demam, ketar, sakit otot, sakit kepala, letih, hilang selera makan, cirit birit, batuk kering dan sukar bernafas.
Penyakit itu berpunca daripada bakteria yang membiak dalam air terutamanya persekitaran panas seperti tab mandi, tangki air panas, sistem paip air dan sistem penghawa dingin. - AFP
kes denggi semakin meningkat! berhati- hati!!
~semenjak akhir2 ini kes denggi dan kematian disebabkannya semakin meningkat. penyakit ini boleh dirawat jika dapat dikesan awal.jadi, jika anda demam dan kawasan sekitar ada kes denggi, segeralah dapatkan rawatan.jangan terlambat.sama2 menjaga kebersihan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes..
Apa itu demam denggi?
Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.
Tanda dan Gejala
Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
- Demam panas
- Sakit kepala
- Sakit tulang belakang
- Sakit sendi-sendi
- Loya dan muntah-muntah
- Sakit biji mata
- Ruam
Komplikasi
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
- Mudah lebam
- Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
- Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Rawatan
Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.
Pencegahan
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
- Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
- Membuang bekas yang boleh menakung air
- Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
- Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali
- Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
- Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
- Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
- Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
- Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
- Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
- Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
- Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
Dimanakah saya boleh mendapat ubat pembunuh jentik-jentik?
Ubat pembunuh jentik-jentik boleh didapati di kebanyakan pasaraya, hypermarket dan kedai menjual racun serangga di seluruh Malaysia serta boleh mendapatkan bekalan di Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran secara percuma.
Kumpulan sokongan
Sila rujuk pejabat kesihatan terdekat untuk sebarang pertanyaan. Laman web untuk maklumat lanjutan : http://www.cdc.gov/ncidod/dvbid/dengue/index.htm