Nak Souvenier best?

Showing posts with label gajet. Show all posts
Showing posts with label gajet. Show all posts

Perfume pun boleh buat stress!


bagi sesetengah orang, kepelbagaian aroma yang bercampur baur adalah satu bentuk gangguan yang boleh memberi tekanan.
Menurut kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal perubatan keluarga The Annals, sebenarnya ramai orang yang sensitif dengan bauan yang menusuk hidung dan tertekan kerananya.
"Tahap kimia yang rendah menjadikan ramai orang berasa sensitif dengan bauan yang bukan berasaskan semula jadi," kata pensyarah di Pusat Sains Kesihatan, Universiti Texas, Amerika Syarikat, Prof. Dr. David Katerndhal.
Sementara itu, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pengeluaran kimia di seluruh dunia meningkat hingga empat peratus setahun.
"Dianggarkan dua peratus manusia menderita gara-gara bauan yang terhasil daripada kimia pewangi. Menurut pemerhatian saya, seramai 10 peratus daripada 400 responden dewasa tertekan dengan bauan yang terhasil daripada bahan pewangi kimia.
"Dalam kes yang lebih berat, selain mengalami tekanan, mereka juga cenderung untuk mendapat gangguan lain seperti bronkitis, asma, radang paru-paru, resdung, hipertiroid dan migrain.
"Begitupun, sehingga kini, penyelidik masih lagi belum mengenal pasti kelompok kimia manakah yang paling kerap mengganggu keselesaan orang ramai.
"Sebagai pengguna, jika anda berasa tidak selesa dengan bau pewangi di sekitar anda, segeralah beredar untuk menyedut udara yang lebih menyegarkan," katanya.

NAK TELEFON SAMSUNG GALAXY MINI...

SAMSUNG GALAXY MINI..

SEMENJAK DUA INI ADA MEMERHATIKAN SAMSUNG GALAXY MINI NI DARI JAUH.
TERINGIN JUGA NAK MENGGUNAKANNYA ATAU LEBIH TEPAT MEMILIKINYA..
NAK JUGA KONGSI BACAAN DARI KOSMO NI..

ANTARA KELEBIHANNYA.

  • rekaan ergonomik dan menggunakan warna cerah pada kerangka badan yang dapat menyerlahkan lagi personaliti pengguna.
  • mudah dipegang dan dikendalikan pengguna apabila berada di mana-mana sahaja apatah lagi, ia hanya seberat 106.6 gram (g).
  •  boleh melayari internet dan melakukan pelbagai tugasan harian dengan dijana sistem operasi (OS) Android 2.2 Froyo.
  • dilengkapi Perkhidmatan Mudah Alih Google yang menawarkan akses ke alam maya dengan mudah.(termasuk Gmail, GTalk, Google Maps dan banyak lagi.)
  •  telefon pintar yang menggunakan OS Android 2.2 itu juga boleh mengakses melebihi ribuan aplikasi melalui Android Market.
  • telefon pintar tersebut dilengkapi Wi-Fi.




Pengguna yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai telefon pintar Samsung Galaxy Mini boleh melayari laman web www.samsung.com/my/.
ADA TAK KAWAN-KAWAN DAH GUNA SAMSUNG GALAXY MINI NI?.. OKEY TAK?


BlackBerry Playbook..


BlackBerry Playbook

Bagi penggemar telefon pintar BlackBerry pula, mereka tentu sekali akan menanti kemunculan tablet keluaran Research in Motion (RIM).

Tablet Playbook yang disasarkan kepada pengguna perniagaan yang mahukan komunikasi selamat dijangka mampu memberi persaingan dalam segmen tablet antarabangsa.

“Ini adalah komputer tablet profesional yang pertama di dunia.

“Anda akan melalui pengalaman penuh ketika melayari laman web,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Bersama RIM, Mike Lazaridis ketika mempamerkan peralatan tersebut di San Francisco baru-baru ini.

Playbook adalah satu daripada sejumlah komputer tablet yang akan dikeluarkan dalam usaha mengatasi iPad dan merupakan cubaan pertama di luar modul telefon bimbit untuk syarikat RIM.

Ia mempunyai skrin sesentuh berukuran 17.8 sentimeter, lebih kecil berbanding iPad yang bersaiz 25 sentimeter dan menggunakan perisian video Adobe Flash.

Keistimewaan tablet terbaru ini adalah pengguna BlackBerry boleh menyambung telefon pintar mereka dengan Playbook menggunakan Bluetooth untuk melihat e-mel, kalendar, dokumen atau kandungan lain.

Ia juga dilengkapi kamera di bahagian hadapan dan belakang bagi menyokong sidang video serta membolehkan penggunaan beberapa program serentak

~Yang ni menarik juga.. Rasanya gadjet-gadjet terkini memang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.. Persaingan sihatla tu kan..

2 Tahun Tak Tukar ..

~Apa yang 2 tahun tak tukar?.. Jangan fikir yang bukan-bukan..(Bila tulis ayat macam ni, dari yang tak terfikir tentu akan ada yang terfikir pulak.. ish.).. Kisahnya tentang henfon la.. Sangat bagus kerana setia pada yang asal. Akhirnya mendapat rezeki beli henfon yang canggih dengan harga yang murah.

Kawan-kawan biasa tak tukar-tukar henfon ni?.. asal ada je yang terbaru dan terHANGAT di pasaran, nak aa memilikinya. Pasti ada kan?.. Yela, nak uptodate dengan gajet terkini. Kadang, tak habis explore lagi henfon tu dah nak tangkap yang baru..

Apapun.. free-free singgah le kat: http://mamanoriz.blogspot.com/

Samsung Galaxy dan Sony Ericsson Xperia untuk kami husben n wife...

setelah lebih 2 tahun tak tukar dan guna out-dated henpon....akhirnya rezeki datang menyebelahi.... walaupun dah ramai pakai dan org lain tak heran dengan henpon ni but we felt so delighted...
Kancil Biru telah memilih kami sebagai pembeli bertuah...yahuuuu
tak sangka dapat..

Motorola Xoom setanding iPad2 ke?

~Antara pesaing gajet iPad 2.. Baca untuk diri sendiri,, Alang alang tu, kongsikan sekali..

Motorola Xoom

Walaupun iPad 2 dilaporkan popular dalam pasaran, Motorola Mobility Inc. tidak mahu ketinggalan melancarkan sebuah tablet terbaru yang diberi nama Xoom.

Motorola Xoom menampilkan skrin definisi tinggi (HD) bersaiz 25 sentimeter untuk memberi kepuasan paparan kepada pengguna. Ia turut menampilkan kamera di bahagian depan bagi kegunaan perbualan video dan kamera dengan resolusi lima megapiksel yang mampu merakamkan video dalam bentuk HD.

Xoom turut mampu menampung kandungan video Flash – sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh iPad keluaran Apple Inc. dan boleh bertindak sebagai kawasan tumpuan Wi-Fi bagi menghubungkan lima lagi gajet lain kepada Internet


Teringin Nak Ke PLaza Low Yat..

"Where to buy camera gear

The best place is Plaza Low Yat as there are lots of camera stores and stalls all centralized in one large camera complex: Plaza Low Yat, No. 7 Jalan, Bintang, Off Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang Central, 55100 Kuala Lumpur. Tel: +603 2148 3651"

Plaza Low Yat masih lagi menjadi tempat bagi kaki gajet.. How About Timesquare?.. Ada juga kan? Kat Petaling Jaya pun ada tempat untuk it stuffs juga kan? Apa tah nama dia.. Tapi PLaza Low Yat jugak yang happening.. Cumenya, sekarang ni ramai pekerja 'asing' kat situ.. Rasa macam duk kat oversea pulak.. Wondering adakah mereka sudah menjadi taukeh di sana atau cuma sebagia pekerja.. Information yang diberi tentang gajet2 pun tidak kurang terrornya..'wow'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...