Nak Souvenier best?

Showing posts with label gunung. Show all posts
Showing posts with label gunung. Show all posts

140juta tahun Gunung Berapi.


HONG KONG - Sekumpulan ahli geologi Hong Kong semalam mendedahkan peta dan tinggalan gunung berapi gergasi yang meletus 140 juta tahun lalu.
Gunung berapi gergasi itu terletak di tenggara Hong Kong.
Diameter gunung tersebut ialah 18 kilometer dan ia dikenali sebagai Gunung Berapi Besar Pulau Tinggi.
Hakisan dan cuaca menyebabkan hanya sedikit tinggalan gunung itu dapat dilihat seperti di Kepulauan Kwo Chau.
Menurut agensi berita Bernama, Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan Sivil Hong Kong membuat pengumuman rasmi tentang penemuan itu semalam.
Seorang jurutera di jabatan itu, Denise Tang berkata, gunung tersebut pernah menghamburkan 1,000 kubik kilometer debu. - Agensi

Tiada Idea Untuk Tulis entry?

Kalau kawan kawan dilanda tiada idea dalam penghasilan entry entry di blog.. apa yang kawan kawan akan buat?... Macam mana kawan kawan semu cari idea untuk dimuatkan dalm blog?.. Apa yang nak ditulis atau dikongsikn dngan pembc?.. Atau terus sahaja menulis, biarkan jemari terus menaip bait kata yang terlintas di minda?..

Ini bukan nak berkongsi tips pun, cuma nak tahu je apa cara yang kawan kawan gunakan untuk mencari idea.. Macam nak buat lagu, perlukan tempat yang tenang lagi mendamaikan supaya ilham tu datang menjengah.. Nak pula tepi pantai, dalam hutan atau atas gunung.. Memang mendamaikan... Tenang aja...

Tapi kalau nak tulis entry blog, perlu ke itu semua?.. Kalau blog yang memerlukan susunan kata yang penuh puitis, mungkin suasana sekeliling mempengaruhi.. Tapi kalau santai santai aje.. Tengah bising hiruk pikuk pun rasanya idea tu mesti ada punye kan..

Apa kata kawan kawan.. Perlu persekitaran yang tenang ke untuk dapat idea post entry?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...