Nak Souvenier best?

Showing posts with label isu Karam Singh Walia. Show all posts
Showing posts with label isu Karam Singh Walia. Show all posts

Jelas : Karam Singh Walia dan TV3

~Sebab semalam ada post tentang ni.. jadi nak share jugak la rentetan nya.. ambil dari kosmo aje

KUALA LUMPUR - Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.

Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.

"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Karam berkata, tidak lama kemudian salah seorang penunggang motosikal terbabit telah menuduhnya menghina orang Melayu menyebabkan kira-kira 20 orang lelaki lain mengepungnya.

Apabila merasakan keselamatannya terancam, dia lantas meminta maaf kerana tidak mahu meneruskan perbalahan dan cuba meredakan keadaan.

"Ketika itu saya malu dan tertekan kerana bersama saya ialah anak saudara yang baru pulang dari England dan saya bimbang dia dicederakan. Sebab itu saya memohon maaf kepada kumpulan itu," jelasnya.

Karam Singh Walia dan TV3

~Apa kisahnye dengan Karam Singh Walia ni ye?.. Ada kontroversi rupenya.. Dikatakan menghina orang Melayu? Macam tak percaya pula.. Karam Singh Walia kan ke seorang yang cintakan Bahasa Melayu.. Suka bila part dia bagi laporan lokasi tu, dia akan mengakhirinya dengan pepatah/ perumpamaan yang memang sangat jarang didengar... tapi memartabatkan Bahasa Melayu.. Pemberita lain ada ke wat camtu?

Selanjutnya kat Kosmo ye

PETALING JAYA - Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memulakan siasatan dalaman berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap wartawan dan pengacara televisyen TV3, Karam Singh Walia.

Karam Singh sebelum ini dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Ahmad Izham Omar berkata, TV3 memandang serius terhadap apa yang dilakukan oleh wartawan tersebut.

"TV3 akan menentukan tindakan lanjut setelah segala siasatan (berhubung perkara itu) selesai dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...