Nak Souvenier best?

Showing posts with label jualan langsung. Show all posts
Showing posts with label jualan langsung. Show all posts

Mampu memperoleh pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.

~Lepas ni makin ramaila yang nak join Avon ni kan.. Nak join jugak le.. BOLEH ke? Tanya Dini jom.

Tambahan pula, apabila melihat sendiri kejayaan downline menjadi Senior Executive Sales Leader (SESL) menjadikan wanita kelahiran Johor Bahru, Johor itu lebih bersemangat, aktif dan yakin.

Bermula sebagai seorang suri rumah, Nora kini boleh berbangga dengan pencapaian diri apabila bergelar Sales Leader No. 2 negara sepanjang tahun 2010.

Menurut ibu kepada lima cahaya mata itu, Avon Sales Leadership bukan sahaja memberi pendapatan stabil malah mampu mengeratkan hubungan bersama kumpulan masing-masing.

“Ini sangat berbeza daripada kebanyakan perniagaan skim jualan langsung yang ada iaitu menekan downline untuk kejayaan upline.

“Malah, melalui Sales Leadership ini, ia dapat melatih saya menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan prihatin hasil daripada sesi latihan profesional yang dianjurkan Avon,” ujar Nora yang tidak ketinggalan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang sentiasa menyokongnya.

Kini, soal kewangan bukan satu masalah besar buat Nora sekeluarga kerana dia mampu memperoleh pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.

Sementara itu, di bawah program elaun kereta pula, Nora berjaya memiliki tiga buah mewah. Ternyata, bersama Avon Nora dan keluarganya dapat menjalani hidup mewah walaupun tidak mempunyai pendidikan tinggi.

Pesanan Nora bagi mereka yang berminat merebut peluang menambah pendapatan bersama Avon adalah meletakkan impian di hadapan dan terus mengusahakannya hingga berjaya.

Untuk peluang pendapatan bersama Avon, sila layari www.my.avon.com atau hubungi 1800-22-AVON (2866).


RM 10 bilion dengan Jualan Langsung?

~Jualan langsung ni samala kan dengan MLM atau skim piramid tu. (Nampak sangat tak tahu ). Hai- O marketing tu yang jual Bio- Aura kan. Puji sikit Bio Aura memang best la.. Ada pernah g kat satu rumah tu, katanya air yang keruh boleh bertukar jernih gara gara Bio Aura ni.. (:)). Lagi tentang MLM ni macam yang AC Mizal yang jual Gelang AC tu ye?.. And Joegrimjow yang Herbalife?.. Pernah baca tentang AidiMuaddib? Taknak komen lebih-lebih la.. Yang penting.. RM 10 billion tu.. mak aii.. banyak tu..

SHAH ALAM, 4 Dis (Bernama) -- Industri jualan langsung yang berpotensi besar dikembangkan, diunjur bernilai RM10 bilion menjelang 2015, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Industri ini bergerak seiring dengan perkembangan dunia dengan banyak syarikat ternama luar negara bertapak di Malaysia dan sebaliknya.

"Kehadiran mereka telah mencorak industri jualan langsung, namun secara tidak langsung meningkatkan pendapatan rakyat dan negara," katanya dalam ucapannya pada majlis ulang tahun ke-18 Hai-O Marketing Sdn Bhd.

Ismail Sabri yang merasmikan majlis itu, berkata unjuran itu dapat dicapai dengan lebih cepat sekiranya rakyat mempunyai keyakinan terhadap Industri Jualan Langsung di Malaysia, sekaligus merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penting industri itu.

"Berdasarkan keyakinan rakyat itu, usaha mempromosikan industri ini, termasuk memeterai usaha sama perniagaan dua hala serta pemadanan perniagaan oleh delegasi perniagaan yang diketuai kerajaan, akan menjadi lebih mudah.

Ismail Sabri turut menggesa usahawan tempatan supaya menerapkan sikap dan nilai yang positif, terutama berkaitan etika, dalam mempersiapkan diri untuk menceburi perniagaan yang lebih besar.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...