Tips: dalam berbisnes.. buat duit..
Strategi dalam berniaga.
Sebagai seorang klien atau pengguna, NUR rasa satu kesilapan bagi sesebuah perniagaan itu mengutuk atau memburuk-burukkan perniagaan lain.
Sungguh tidak profesional.
Kita sebagai klien terus kensel niat di hati..
~sila ambil note~
Terima Kasih.
Duduk Goyang Kaki Tunggu Duit Masuk...
Dah biasa dah baca ayat-ayat macam ni.
Ni bukannya AYAT-AYAT CINTA ye kawan- kawan.
Kalau macam ni ayat cinta, memang itu CINTA MATERIALISTIK.
Penyelesaian untuk tajuk kat atas?
Betulke ada cara untuk dapat duit tanpa buat apa-apa kerja?..
Betul.. Betul.. Betul..
Betul la dah kena tipu camtu.
Memang tak ada nye duduk goyang kaki dapat duit..
Kecuali pengemis jalanan- untuk kategori duduk..
Kalau kategori peminta bantuan sedekah tu , dia ada juga jalan dari meja makan ke meja makan yang lain.. Penat juga tu..
Kita ni kan, asal ada je DUIT FREE pasti terbuka luas mara tu kan. Ye la , siapa taknak kalau murah rezeki...
Pernah terdengar yang rezeki yang kita dapat tu sebahagiannya adalah hak orang lain. Maka sebab itu kena kongsi- kongsikan ye.. Betul tak?
Kalau salah minta diajarkan...
Apa pun, kenapa pun.. Pepandaila kita nak hidup.. Jangan terjebak sudah.. Setiap perkara tu kena fikir dan selidik dulu..
( menulis berdasar pengalaman.. Kadang berfikir tu mengambil masa agak panjang.. Tetapi lebih baik terlewat daripada tak sedar langsung yang kena tipu sudah.. Nasib baik... )
Ni yang Rasa Nak Meniaga Avon ni..
Mengapa Avon? Aini memberitahu, selain jenama, Avon memberi peluang kepada mereka yang mahukan pendapatan lumayan.
Memegang teguh prinsip mahu membantu orang lain untuk maju dan dalam masa yang sama memajukan diri sendiri, Aini turut mengajak rakan-rakan lain untuk berjaya sepertinya.
Berjumpa dan melatih barisan pelapis menjadi rutin hariannya. Aini tidak lokek berkongsi ilmu, memberi motivasi tentang promosi jualan dan membimbing mereka supaya meningkatkan status dalam Sales Leadership.
Atas pencapaian cemerlangnya, Aini pernah dibawa Avon melancong ke Bali, Indonesia dan Las Vegas, Amerika Syarikat.
Beliau juga muncul dalam kalangan 10 Sales Leader Terbaik Avon tahun lalu.
Kini, Aini mempunyai lapan Senior Executive Sales Leader dan lima Executive Sales Leader di bawah kumpulan jualannya.
“Saya semakin bersemangat kerana suami saya, Yusari Maslan, 59, sentiasa menyokong penglibatan saya bersama Avon lebih-lebih lagi dia turut meminati bidang perniagaan.
“Walaupun sudah berusia, kami masih bergerak aktif. Jadi, suka saya nasihatkan mereka yang sudah pencen di luar sana supaya aktif berniaga dengan Avon. Sekurang-kurangnya ia dapat menambah pendapatan,” katanya
RM 10 bilion dengan Jualan Langsung?
SHAH ALAM, 4 Dis (Bernama) -- Industri jualan langsung yang berpotensi besar dikembangkan, diunjur bernilai RM10 bilion menjelang 2015, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Industri ini bergerak seiring dengan perkembangan dunia dengan banyak syarikat ternama luar negara bertapak di Malaysia dan sebaliknya.
"Kehadiran mereka telah mencorak industri jualan langsung, namun secara tidak langsung meningkatkan pendapatan rakyat dan negara," katanya dalam ucapannya pada majlis ulang tahun ke-18 Hai-O Marketing Sdn Bhd.
Ismail Sabri yang merasmikan majlis itu, berkata unjuran itu dapat dicapai dengan lebih cepat sekiranya rakyat mempunyai keyakinan terhadap Industri Jualan Langsung di Malaysia, sekaligus merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penting industri itu.
"Berdasarkan keyakinan rakyat itu, usaha mempromosikan industri ini, termasuk memeterai usaha sama perniagaan dua hala serta pemadanan perniagaan oleh delegasi perniagaan yang diketuai kerajaan, akan menjadi lebih mudah.
Ismail Sabri turut menggesa usahawan tempatan supaya menerapkan sikap dan nilai yang positif, terutama berkaitan etika, dalam mempersiapkan diri untuk menceburi perniagaan yang lebih besar.
-- BERNAMA
