Nak Souvenier best?

Showing posts with label kekurangan pembantu rumah. Show all posts
Showing posts with label kekurangan pembantu rumah. Show all posts

Pembantu Rumah Indonesia.

DAH SELESAI ISU INI..


MATARAM (LOMBOK): Pembantu rumah Indonesia dibenarkan dihantar semula ke Malaysia mulai 1 Disember ini, sekali gus menamatkan moratorium lebih dua tahun untuk penghantaran tenaga kerja sektor informal ke Malaysia.

Keputusan perkara itu diumumkan pada sidang akhbar bersama oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di akhir mesyuarat delegasi dua hala pada acara perundingan tahunan Malaysia-Indonesia di sini, semalam.


“Kami ketahui banyak saudara Indonesia yang bekerja di Malaysia. Oleh kerana itu, kami sepakat memberi perlindungan dan bantuan sebaiknya kepada tenaga kerja Indonesia.

“Kami juga bersepakat bahawa perubahan mengenai pengambilan dan penempatan tenaga kerja Indonesia yang ditandatangani pada 2006 mendatangkan perubahan positif kepada Indonesia. Insya-Allah, pada 1 Disember kami akan menormalisasikan hal ini,” kata Yudhoyono ketika mengumumkan hasil pertemuan itu.


Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.


Berikutan itu, kedua-dua negara berunding sehingga kata sepakat dicapai dengan penandatanganan protokol meminda beberapa peruntukan dalam memorandum persefahaman 2006 itu, yang diadakan di Bandung pada 30 Mei lalu.

Keadilan yang I mahukan...

""Keadilan yang I mahukan di sini adalah dari tampuk pimpinan kita. Secara logik nye, mengape bile rakyat kita a.k.a majikan jadi mangsa dalam isu2 pembantu rumah, hak kita tak terbela? kite x ada channel utk kite adukan. Bende simple saje, kalau maid lari, majikan akan kene denda RM250 oleh Imigresen. Itu kalau maid lari dan x jumpe dah. Dalam kes I, maid ada, then selamat lah RM250 saya tu. Tunjukkan copy tiket balik die saje ke Imigresen. Logiknye, kenape mangsa yang didenda? Sudahlah keselamatan anak I terabai mase tu. mmg Alhamdulillah.".. Nak baca lagi?.. kat sini Saya Mahu "KEADILAN" Dari Blog "Portal Kerajaan Malaysia"..

- Baru ketahuan yang kalau maid lari, majikan yang kena denda. Bagi yang berkerjaya pasti sangat memerlukan bantuan /perkhidmatan maid ini. Nak-nak pula yang selalu bekerja overtime/tak tentu masa.. Semoga perkara-perkara tidak elok itu dijauhkan..

Nadia dari blog http://amiranaddia.blogspot.com/ dah baca ke tentang perihal maid ni?

ALL IN ONE

KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Cari Pembantu Rumah?

~Kawan kawan ada pembantu rumah?.. oke ke? Atau bermasalah?.. sumber: Kosmo online.

KUALA LUMPUR - Berpuluh ribu rakyat Malaysia kini berhadapan dengan kesulitan ekoran masalah kekurangan pembantu rumah warga asing bergaji murah yang melanda negara ini.

Sumber industri menganggarkan isu itu sudah membelenggu sekurang-kurangnya 35,000 keluarga yang masih berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pembantu rumah.

Masalah tersebut berlarutan gara-gara rundingan penetapan gaji minimum pembantu rumah yang diminta oleh Indonesia sebanyak RM800 sebulan masih tertangguh.

"Saya mengalami kesusahan tanpa pembantu rumah," demikian pengakuan ibu kepada tiga orang anak yang hanya mahu dikenali sebagai Maz.

Dia sedang berfikir untuk berhenti kerja sebagai pegawai jualan demi menjaga anak-anaknya yang berusia di antara satu hingga lima tahun.

Sejak menjadi ibu yang bekerja, Maz pernah mempunyai dua pembantu rumah yang tinggal bersama keluarga sehingga kontrak mereka selama dua tahun berakhir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...