Nak Souvenier best?

Showing posts with label kosmo onnline. Show all posts
Showing posts with label kosmo onnline. Show all posts

Tak Kenal Kuih Bakul..

Ada tak antara kita yang tak kenal kuih bakul?.. Pernah makan tak?.. Boleh ke makannya?.. Agaknya macamana cara kuih bakul tu dibuat.. Semasa baca kosmo tadi- dapatla sedikit info..

"Kuih bakul atau dalam sebutan Cina nian gao tidak terhad kepada kaum Cina saja, malah saya banyak menerima tempahan daripada orang Melayu. Ada seorang guru dari Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Kak Pah selalu datang ke sini tempah kuih bakul untuk diagih-agihkan kepada kawan-kawannya," katanya ketika ditemui.

Menceritakan pengalamannya, Hui Ming berkata, ibunya Tan Kim Jee, 68, mengajar beliau membuat kuih bakul sejak lima tahun lalu.

Bahan utama untuk membuat kuih itu tidaklah sukar, cuma memerlukan beras pulut dan gula. Bagaimanapun, cara membuatnya agak rumit kerana ia memakan masa yang agak lama.

Langkah membuat kuih itu bermula dengan mengisar beras pulut menjadi tepung, kemudian direndam selama satu malam. Sebelum dicampur gula, ia perlu ditoskan sebelum diuli.

Hui Ming berkata, kuih bakul perlu dikukus agak lama iaitu selama 18 jam sehingga warnanya bertukar menjadi coklat. Setelah masak, ia perlu dijemur di bawah cahaya matahari seharian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...