Nak Souvenier best?

Tak Kenal Kuih Bakul..

Ada tak antara kita yang tak kenal kuih bakul?.. Pernah makan tak?.. Boleh ke makannya?.. Agaknya macamana cara kuih bakul tu dibuat.. Semasa baca kosmo tadi- dapatla sedikit info..

"Kuih bakul atau dalam sebutan Cina nian gao tidak terhad kepada kaum Cina saja, malah saya banyak menerima tempahan daripada orang Melayu. Ada seorang guru dari Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Kak Pah selalu datang ke sini tempah kuih bakul untuk diagih-agihkan kepada kawan-kawannya," katanya ketika ditemui.

Menceritakan pengalamannya, Hui Ming berkata, ibunya Tan Kim Jee, 68, mengajar beliau membuat kuih bakul sejak lima tahun lalu.

Bahan utama untuk membuat kuih itu tidaklah sukar, cuma memerlukan beras pulut dan gula. Bagaimanapun, cara membuatnya agak rumit kerana ia memakan masa yang agak lama.

Langkah membuat kuih itu bermula dengan mengisar beras pulut menjadi tepung, kemudian direndam selama satu malam. Sebelum dicampur gula, ia perlu ditoskan sebelum diuli.

Hui Ming berkata, kuih bakul perlu dikukus agak lama iaitu selama 18 jam sehingga warnanya bertukar menjadi coklat. Setelah masak, ia perlu dijemur di bawah cahaya matahari seharian.

7 comments:

amirah said...

sedap ke ek?dulu pernah rasa tapi memang tak menepati selera sungguh..hehe

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pernah ke makan eh???

Aida Tamrim said...

Penah dengar tapi rasanye blom penah makan...

Apa rasa ek ??

atuk said...

Assalamualaikum Nur

saya selalu makan, lebih2 lagi bila tahun baru cina, semasa kecil dahulu
sebab Allahyarham bapa berkawan dgn orang cina

rasa macam kueh2 kita yg buat drp tepung beras pulut, lebih kurang..
(untuk sahabat yg 3 orang di atas tu..)maaf nur

Wassalam

Nora Shahaira said...

betul..sedap macam kuih biasa je, manis pun tak sangat..kenyal jek..

baincardin said...

Bagaimanakah nasib kawan² kita di Mesir? Sama²lah kita berdoa utk keselamatan & kesejahteraan mereka, amin. :)

bjay69 said...

kuih bakul xpenah rasa..kuih bulan ade ler..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...