Nak Souvenier best?

Showing posts with label Tahun Arnab. Show all posts
Showing posts with label Tahun Arnab. Show all posts

SEGMEN 1MALAYSA - SELAMAT TAHUN BARU CINA

image

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada kawan kawan blogger mahupun pembaca blog ini yang menyambut perayaan ini.. Sebagai rakyat Malaysia yang bersemangat dalam setiap jenis perayaan, (sebab semangat 1Malaysia yang dipupuk oleh Perdana Menteri kita - Yang sedang dalam usaha menyelamatkan rakyat Malaysia dari Mesir), perayaan Tahun Baru Cina kali ini lebih istimewa sebab dapat menyambutnya dengan gelaran blogger.. (Layak ke tak digelar blogger pun tidak pasti.. Maksud blogger ialah orang yang mempunyai blog kan?..) .

Sangat bertuah sebab dapat mengenali beberapa rakan yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina.. Khas buat mereka (anda tahu anda siapa..).. Terima kasih atas persahabatan itu.. Kita pernah berkawan dan selamanya akan kekal berkawan.. Atas kesanggupan membantu di kala kami buntu, atas kesanggupan menyelesaikan sesuatu kala kami tak tahu. Terima Kasih.. 'Tocey..'.. Kamu ye.. kamu dan kamu dan kamu.. Selamat Tahun Baru Cina. Moga Tahun Arnab tahun ini bakal menjanjikan 'ong' yang berlipatkaliganda..

~BA anjurkan segmen ni.. jom join..

Tak Kenal Kuih Bakul..

Ada tak antara kita yang tak kenal kuih bakul?.. Pernah makan tak?.. Boleh ke makannya?.. Agaknya macamana cara kuih bakul tu dibuat.. Semasa baca kosmo tadi- dapatla sedikit info..

"Kuih bakul atau dalam sebutan Cina nian gao tidak terhad kepada kaum Cina saja, malah saya banyak menerima tempahan daripada orang Melayu. Ada seorang guru dari Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Kak Pah selalu datang ke sini tempah kuih bakul untuk diagih-agihkan kepada kawan-kawannya," katanya ketika ditemui.

Menceritakan pengalamannya, Hui Ming berkata, ibunya Tan Kim Jee, 68, mengajar beliau membuat kuih bakul sejak lima tahun lalu.

Bahan utama untuk membuat kuih itu tidaklah sukar, cuma memerlukan beras pulut dan gula. Bagaimanapun, cara membuatnya agak rumit kerana ia memakan masa yang agak lama.

Langkah membuat kuih itu bermula dengan mengisar beras pulut menjadi tepung, kemudian direndam selama satu malam. Sebelum dicampur gula, ia perlu ditoskan sebelum diuli.

Hui Ming berkata, kuih bakul perlu dikukus agak lama iaitu selama 18 jam sehingga warnanya bertukar menjadi coklat. Setelah masak, ia perlu dijemur di bawah cahaya matahari seharian.

Alkisah gambar Sony Ericson, gambar Chinese New Year dan Gambar Rabbit


Entry bergambar ini saja saja.. Sebab tak semua orang suka baca tulisan je.. Dari gambar pun boleh ceritakan macam macam kan.. Tersirat tersurat pun ada. Jadi apa ke halnya dengan gambar Sony Ericson ni?.. Saja nak letak.. Ada ke guna fon ni ye?. Sekarang ni tengah hebat promosi Sony Ericson XPERIA dan GREEN HORNET ye.. Best ke cerita tu?.. Kalau telefon xperia tu nampak macam best je.. (Manusia.. tidak pernah rasa puas..)



Tak lama je lagi kan nak Chinese New Year.. Cuti panjang tu.. Seronok seronok.. Ambil kesempatan berehat la ye bagi yang bekerja.. Berkunjung ke rumah rakan rakan yang menyambutnya?.. Sekarang ni yang ditunggu adalah SALE.. Pantang musim perayaan, nak grab peluang untuk diskaun.. Boleh tumpang sekaki shopping apa yang patut kan.. Happy Chinese New Year in advance..


Ini gambar Rabbit ke Arnab ke Hamster?.. Sempena Tahun Arnab kan tahun ni.. Pernah bela arnab tak?.. Kalau arnab biasa biasa tu biasa je la.. Kalau yang mahal tu, pasti sayang lebih lebih kan.. Barang berharga sudah tentu la akan lebih melekat di hati.. Tapi hakikatnya keturunan yang sama...

~Apa tah yang cuba disampaikan ni?.. Idea melalut tengah malam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...