Walaupun dah lama berlalu, tapi masa terbca kisah ni: http://littlegurlpunyeblog.blogspot.com/2011/03/al-fatihah.html , terpanggil untuk berkongsi sesuatu. Sebelum tu, bagi yang tak sempat nak g baca, secara ringkas mengisahkan satu eksiden yang dialami oleh penulis blog yang tersebut.. (pengalaman dia sebagai saksi(lebih kurangla)..
Yang nak dikongsi adalah pengalaman sendiri tatkala mengalami situasi di mana terdapat pemandu-pemandu yang tidak berhemah di jalanraya . Contohnya yang memandu dengan sambil lewa, sambil bercakap di telefon tanpa headset, sambil menghisap rokok, memotong kenderaan lain dengan cara berbahaya dan lain-lain yang dirasakan mengganggu pengguna jalanraya yang lain.
Apa yang kawan-kawan akan lakukan jika berdepan dengan situasi tersebut?.. Adakah normal jika kita bersikap marah, sakit hati pada mereka yang tak bertanggungjawab ni?.. Ramai yang setuju?.. Pernah tak kawan-kawan alami keadaan yang mana berdepan dengan situasi tersebut, mendoakan yang pemandu itu akan ditimpa kemalangan?.. Lalu, jika sekiranya kemalangan betul-betul berlaku.. didepan mata kawan-kawan hingga melibatkan kehilangan nyawa.. apa pula perasaan kawan-kawan?.. Fikirkan.. dan kongsikan..
