Nak Souvenier best?

Showing posts with label otak; peringatan. Show all posts
Showing posts with label otak; peringatan. Show all posts

Nak Buat Otak-otak sendiri..

Nak buat otak-otak sendiri.
Tapi tak pandai.
Suka makan otak-otak ni..
Sekarang senang aja nak dapat.
Semua orang boleh jual..
Tinggal nak cari mana yang sedap dan enak je.
Kalau tak kena selera sedih juga rasanya kan.

Petang ni kuih apa?
Buat sendiri atau dari Bazar Ramadan?

KARMA atau KAMA atau TAQDIR..

Salahke Percaya Pada Karma?

Jawapannya.. Sendiri fikir..
Yang nak di highlight di sini dalam perkara paliing senang..
Mengata orang.. Atau dengan lebih sopan.. Mengumpat.

Pengalaman sendiri..
Bila mengata orang ( isk.. Jangan tiru).., nanti akan terkena pada batang hidung sendiri juga.
Dah banyak kali sangat terjadi..
Contohnye mengata seseorang itu tak pandai jaga kucing, esok esok kucing kita juga buat huruhara kat kejiranan.. Dan begitula seterusnya..
Percaya la.. Dah tentu sesuatu perbuatan yang tidak elok tu diberi balasan..
Sama juga jika berbuat baik.. Sebesar atom pun akan dibalas..

Kalau balas didunia ni, syukurla sebab nanti mampuke nak menahan di SANA kelak..

Peringatan ini untuk diri sendiri juga..
Lagi satu..
Berdendam juga suatu perbuatan yang tidak elok untuk diamalkan..

SURAT TERBUKA.. JANGAN BACA!!!

Gimik je tajuk tu.. Jom baca ramai ramai kat sini: http://haticeria.blogspot.com/
Terima Kasih Nahmy kerana berkongsi..
Kita, manusia kadang lupa dan alpa..
Itu sudah sinonim dengan insan- yang pelupa..
Harap hari ini, seorang insan dah tolong ingatkan kita sesama manusia..
Kita digest bersama..


nahmy,
let stay calm for a while. did you know that 9 to 5 working hours actually belong to somebody else. let assuming that those hours is the working platform, then definitely this platform is not yours. you only work on that platform so that you can earn your wage. so, what about those 60 years? who actually own those years...and have you really sweat-out the best of yours so that you can earn your fruitful ‘wage’? 

nahmy,
yes, life is short brother and you really are concern on how you going to die?. well, that’s actually beyond our control. the one that actually within our control is how we going to live? because this will determine how our next life going to looks like. by all means brother, live the life to the fullest by of course following the instructions given by the ‘owner’ of the working platform.

PERINGATAN KALA INI.

mstar;

Hadith:
DARI Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda: "sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.
"Para sahabat bertanya:"Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:"Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka."
Riwayat Muslim

Misteri Otak Ditemui

***Dari SH
SEBERANG PRAI - Keinginan orang ramai untuk mengetahui pemilik sebenar otak manusia yang ditemui masih elok dalam liang lahad oleh dua penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini sembilan hari lalu akhirnya terjawab.

Selepas lebih seminggu menjalankan siasatan dan kajian sebaik kejadian aneh itu didedahkan pada 13 Januari lalu, otak yang ditemui timbul di permukaan air itu dipercayai milik seorang pendakwah dari Indonesia yang dikenali sebagai Tok Haji Hassan Acheh.

Beliau datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1870an untuk berdakwah dan tinggal berdekatan Mas­jid Permatang Tok Labu yang dahulunya adalah sebatang anak sungai yang menjadi laluan utama ketika itu.
Othman Hassan (gambar), 67, yang mengaku piut Allahyarham berkata, selepas bermastautin di sini kira-kira lima tahun, Tok Haji Hassan Acheh berpakat dengan seorang ulama tempatan, Tok Labu untuk membina masjid berdekatan anak sungai itu sebagai kemudahan pengguna berhenti rehat dan bersolat.

“Masjid berkenaan dibina daripada kayu hutan dan menjadi tumpuan pedagang sebelum diubah suai penduduk selepas beberapa tahun kemudian,” katanya.

Othman berkata, Tok Labu diangkat menjadi imam masjid manakala Tok Haji Hassan Acheh membantunya.

“Selepas kematian Tok Labu, beliau dilantik menjadi imam. Penduduk pernah mengesyorkan nama beliau diabadikan pada masjid itu tetapi Tok Haji hassan Acheh menolak," katanya.
Othman berkata, Tok Haji Hassan Acheh juga dikenali sebagai seorang yang rajin membaca al-Quran di samping mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

“Beliau berkahwin dengan penduduk tempatan dan mempunyai tiga anak. Sebelum meninggal dunia sekitar tahun 1940-an beliau dikatakan berwasiat agar dikebumikan bersebelahan masjid kerana ingin ‘melihat’ masjid itu terus diimarahkan sepanjang masa.
Othman berkata, beliau meminta maaf jika terdapat kesilapan dari segi fakta kerana beliau hanya menceritakan apa yang didengarinya daripada waris yang terdahulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...