Kenapa Marsha Telan Pil ubat?..
Tetapi apa yang boleh dikatakan mengikut pengalaman, salah satu penyebab seseorang itu berlaku sedemikian adalah disebabkan tekanan perasaan.
Ye, sehingga begitu perlakuan seseorang yang tertekan.
Terlalu pressure oleh persekitaran dan tidak tahu nak luahkan perasaan..
Kalau pendam perasaan tension ini memang satu beban yang amat membelenggu jiwa..
Jadi, diharap kawan kawan yang ada masalah terpendam itu janganlah menyembunyikan..
Luahkan la kalau takde kawan yang sanggup dengar.. Share la kat blog.. Sekurangnya kurang sikit belenggu tu..
Untung2 pembaca boleh bagi idea.. Paling tidak bagi sokongan moral..
Elakkan stress..
Apalagi cara kawan kawan hilangkan stress ye?.. Kongsi la..
Sakit Mental Memang Serius!!!
ALOR SETAR – Dua beradik yang melecur ketika cuba menyelamatkan bapa mereka yang dipercayai membakar diri akibat kemurungan di rumahnya di Kampung Raut, Yan dekat sini pagi semalam akan menjalani pembedahan pemindahan kulit pada minggu depan.
Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, kedua-dua beradik itu, Amirul Hadi Zinol, 12 dan abangnya Badrul Amin Zinol, 14 akan menjalani pembedahan itu bagi menggantikan kulit yang telah terbakar.
Kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Kebakaran HSB sementara bapa mereka, Zinol Ismail, 51, yang membakar diri, dalam keadaan kritikal dan memerlukan pemerhatian yang serius.
Zinol yang melecur 100 peratus yang kini dirawat di Unit Rawatan Kebakaran di HSB pada mulanya dihantar ke Hospital Yan sebelum dirujuk ke HSB petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi semalam, Amirul Hadi dan Badrul Amin melecur di bahagian tangan dan kaki selepas cuba menyelamatkan bapa mereka yang cuba membakar diri. - Bernama
Marahkan Anak?
Apabila anak sering menerima kata-kata kasar, maki atau sumpahan tentunya pertumbuhan jiwanya menjadi keras.
Lihatlah Rasulullah menegur Umar Abi Salamah ketika dia makan dengan mengambil makanan yang terletak jauh dari jangkauannya.
Baginda mengatakan: "Ya ghulam sammillah, kul biyaminik wa kul mimma yaliik (anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat denganmu)."
Jelas Baginda memilih kata-kata yang lembut dan hasilnya anak tidak lagi melakukannya dan nasihat itu terus meresap ke jiwanya.
Petikan dari metro- segmen ustaz Zawawi..
~Psikologi pendidikan kepada anak anak ni penting kan.. Tapi sangat susah untuk menahan diri dari perasaan marah.. Tak payah anak anak, sesama kawan pun sukar nak mengawalnya.. Sama sama mengingatkan..
