| ||||||||||||
| ||||||||||||
|
Nak tahu Sumber Traffik Blog ALL IN ONE?
Trafik blog ini.
Masih Sempat!! Diskaun Saman Sehingga 10 Mac.
KUALA LUMPUR - Berita baik kepada pesalah trafik di negara ini yang tidak sempat melunaskan saman mereka sepanjang tawaran diskaun 50 peratus yang berakhir pada 28 Februari lalu.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan tarikh pembayaran saman itu dilanjutkan sehingga 10 Mac ini.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat untuk membantu pesalah trafik menjelaskan kompaun sekali gus mengelakkan kenderaan mereka daripada disenarai hitam.
"Keputusan ini juga dibuat kerana kita dapati ada pihak yang ikhlas mahu membayar saman tetapi gagal berbuat demikian disaat-saat akhir kerana sistem di kaunter bayaran tergendala," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sejak Ogos tahun lalu, kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.
Saya Mahu Cek Saman Dari Myeg.. Tapi
Jadi selepas ni, sesiapa yang kena blacklist akan menghadapi masalah tatkala memperbaharui lesen atau insurans kenderaan masing-masing. Dalam berita pun ada laporkan yang jumlah kutipan saman mencecah RM1.5 juta! Banyak tu!!
Kat mana nak cek saman tu ye?..Kat website ni ye www.myeg.com.my/..
Kawan-kawan dah bayar ke saman tu?.. Ada juga antara saudara - mara yang bercerita kisah membayar saman ni. Ada kes yang nama saman X.. Bukan X-men ye. Tapi kenderaan, hatta no pendaftaran tu tidak ada langsung.. Bahkan, X tu pun takde lesen kenderaan sebegitu. Jadi, macamana benda macam ni boleh berlaku?.. Tak pasal- pasal bayar saman yang tak langsung menjadi salah dia.. Perlu bayar ke tak saman tu?..
Kalau terjadi kat kawan-kawan apa tindakan?..
(Senario yang dinyatakan adalah senario sebenar- nama terpaksa dirahsiakan..)
Kesimpulannya, berhati-hati dijalanraya!!
“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”
