Nak Souvenier best?

Showing posts with label zizan. Show all posts
Showing posts with label zizan. Show all posts

Jejak Jepun Bersama Zizan : Pengalaman.


"Saya terpaksa menerima tawaran tertentu sahaja selepas ini kerana tidak mahu lagi timbul tuduhan kononnya saya tidak beri kerjasama dan tidak komited pada promosi filem-filem lakonan saya kerana mengambil banyak kerja dalam satu masa," luah Zizan ketika ditemui selepas sidang akhbar program terbaharu berbentuk travelog di Astro Prima menerusi saluran 105 iaitu Jejak Jepun Bersama Zizan di Hotel Corus, Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Keputusan ini juga dibuat bukan kerana masalah kesihatan yang terjadi kepada saya sebelum ini akibat kuat bekerja," tuturnya lagi.


"Sepanjang dua minggu menjalani penggambaran di sana, ada satu perkara yang cukup terkesan dalam diri saya. Saya rasa rendah diri dan terhina sangat bila tengok cara hidup masyarakat di sana.
"Bayangkan, ketika saya pergi ke taman tema Disneyland, Tokyo, begitu ramai orang yang menyaksikan perarakan watak-watak animasi di situ, tetapi yang peliknya selepas sahaja tamat perarakan tersebut tidak ada sampah langsung di kawasan itu.

~Suka kat Zizan ni sebab dia rajin bekerja kan. Walaupun masa Raja Lawak hanya dapat no 2 / 3 tapi dengan kesungguhan popular dia sekarang. 
~Part Masyarakat Jepun tu memang umum tahu kan mereka cukup berdisiplin. Teringin nak ke sana.. Ada sesapa nak sponsor? Jom..

Jejak Jepun Bersama Zizan / Astro Prima 105




Menerusi program selama setengah jam ini, Zizan akan berkongsi dengan penonton pengalamannya mengembara ke Osaka, Kobe, Wakayama, Kyoto, Shirahama, Yokohama dan Tokyo.
Katanya, pengalaman pertama mengacarakan travelog memberikan dimensi dan pengalaman baru kepadanya yang selama ini hanya menerajui program hiburan sahaja.
"Program ini membuka minda saya dan memberikan kelainan daripada program-program hiburan yang selalu saya acarakan. Konsep yang santai dan bebas itu memudahkan kerja saya untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman di Jepun dalam travelog ini.
"Bukan sahaja saya dapat pengetahuan baru mengenai negara itu, malah ia mendedahkan saya kepada budaya dan disiplin masyarakat mereka dalam kehidupan seharian serta kerja.
"Kalau diberi peluang, saya mahu mengacarakan program begini lagi," katanya yang berada di Jepun selama dua minggu pada penghujung Jun lalu.
Sementara itu, Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro Azlin Reza Azmi berkata, Zizan dipilih sebagai pengacara kerana karakter yang lincah dan bersahaja.
"Kami percaya Zizan mampu mengacarakan program ini dengan sentuhan dan gayanya yang tersendiri pasti memikat hati penonton," katanya.
Program ini bakal ditayangkan bermula 12 September depan pada setiap Rabu pukul 9 malam di Astro Prima (saluran 105).

Juara Johan Maharaja Lawak Final.

Ada lagi yang masih belum tahu akan keputusannya ke?..
Nah.. berikut dikongsi berita dari mstar..


SHAH ALAM: Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat
Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.
Finalis Maharaja Lawak menerima hadiah masing-masing.
Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.
Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus undian penonton di rumah dan juga juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek.
Sementara itu mengulas kemenangan mereka Sepah berkata, mereka turut berhadapan dengan masalah mencari idea setiap kali membuat persembahan.
Bagaimanapun sikap yang sentiasa mahu berbincang bersama-sama adalah antara formula kejayaan kumpulan itu.
“Idea kami tersangkut juga tetapi syukurlah dengan bantuan Dia (Allah), kami dapat mengeluarkan idea yang baik,” kata mereka.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna & Prima, Nizam Sani.
Pertandingan Maharaja Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 1 April lalu.

    Tahniah SEPAH : JUARA / johan MAHARAJA LAWAK FINAL

    JOHAN jatuh kepada SEPAH dalam FINAL H
    MAHARAJA LAWAK yang baru tamat tadi.. Gaya macam tengok je kan.. Jeles dengan orang yang dapat tengok. Sure ketawa dan terhibur hati..
    Agaknya kenapa tak dapat tengok?.. Sebabnya memang tak melanggan ASTRO WARNA tu. Cuma ambil yang basic aja. Dan rancangan MAHARAJA LAWAK tu cume nengoknya secara online sahaja. Jadi, bila agaknya boleh nonton yang online punye versi FINAL MAHARAJA LAWAK tu.
    Bagi kawan-kawan yang berpeluang nonton pastinye tak kering gusi tergelak ye.. Tak sabar nak nonton kat YOUTUBE ni.. atau kawan kawan ada cadangan nak tonton katne? 
    Sape yang tengok tadi.. Ceciter ceciter.. Cemane gamaknye persembahab finalis tadi.. Oh ye.. Yang JOHAN MAHARAJALAWAK je yang tau.. Lain- lain peciter? Nabil?.. Jambu?.. JOZAN?(kesian derang kalah
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...