Nak Souvenier best?

Showing posts with label Gambar Nabil raja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Gambar Nabil raja Lawak. Show all posts

Juara Johan Maharaja Lawak Final.

Ada lagi yang masih belum tahu akan keputusannya ke?..
Nah.. berikut dikongsi berita dari mstar..


SHAH ALAM: Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat
Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.
Finalis Maharaja Lawak menerima hadiah masing-masing.
Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.
Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus undian penonton di rumah dan juga juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek.
Sementara itu mengulas kemenangan mereka Sepah berkata, mereka turut berhadapan dengan masalah mencari idea setiap kali membuat persembahan.
Bagaimanapun sikap yang sentiasa mahu berbincang bersama-sama adalah antara formula kejayaan kumpulan itu.
“Idea kami tersangkut juga tetapi syukurlah dengan bantuan Dia (Allah), kami dapat mengeluarkan idea yang baik,” kata mereka.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna & Prima, Nizam Sani.
Pertandingan Maharaja Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 1 April lalu.

    Temui Saya "Salleh Yaakob" bukan Vanidah Imran.

    Sekejap lagi jomle menonton Salleh Yaakob dalam Nona. All time favourite pelawak kan. Si Johan tu pun dapat bakat seni dari keturunan Salleh Yaakob tu.

    Rata-rata orang cerita tentang MAHARAJA LAWAK. Agak ketinggalan juga la pasal tak langgan Astro yang siarkan rancangan MAHARAJA LAWAK tu kan. Kawan-kawan mesti ada yang menonton rancangan tu.. Banyak blog yang cerita tentang MAHARAJA LAWAK ni. Macam-macam penyokong yang ada.  Dan akhirnya tengok kat internet ajela.. Terima kasaih bagi mereka yang sudi letakkan video. Sambil blogwalking boleh layan ye..

    Eh tersasul... Sebenarnya, haritu terdengarla kat SinarFM yang Salleh Yaakob ni menyanyi lagu omputeh. Hmm.. Maklumla, jarang-jarang buka radio.. Itupun dengar masa tumpang kereta kawan.. Sedap juge dia nyanyi.. Tapi tidakkah merosak lagu?.. Erk.. Mari pandang dari sudut positif.. Untuk menghibur..

    Cerita MENGIDAM.

    Dia mengidam rojak pukul 1 pagi..
    Awak?
    Pernah ke ada yang mengidam Telur Tembakul?
    Kalau tak dapat ada tak BATU BELAH yang boleh telankan?..
    Along dan Zila Seeron pada hari perkahwinan mereka 23 Januari tahun lalu.

    Pengetua AF9 Ahmad Dhani/ Persenda Ayah Aznil Nawawi Pengacara AF9

    Harini keluar awal pagi.. terbeli newspaper.. Dah lama tak beli kan.. Jadi nak le merasai rasa membelek helaian suratkhabar tu.. Nikmat membelek dan nak tengok cepat cepat.. Biasanya round pertama: tengok gambar dan tajuk menarik,
    Bila round kedua barula baca berita berita lain... (ada ke yang wat camni gak?..)

    Dalam paper metro tu adala berita tentang bakal Pengetua AF9. Rupanya Ahmad Dhani ni tercalon ye? Taksangka pula.. Tapi nampak gayanya ada halangan la.. Kalau bukan Ahmad Dhani jadi Pengetua AF9, siapala yang bakal memegang tanggungjawab tu.. David Teo?.. Hehe.. Pasni semua bintang AF9 boleh jadi pelakon filim gitu...

    AF9 bakal menyaksikan Aznil Nawawi jadi pengacara?.. Kalau betulla AF9 ni yang terakhir, rasanya memang best la kalau Aznil Nawawi mengacara.. Semua suke dia kan.. Kalau budak budak tu.. Laaagila suke , tengok aje Tom Tom Bak tu.. hehe..

    Pastu masa blogwalking, banyak la juga jumpe post/ entry tentang lawak oleh Zizan tentnag ayah Aznil Nawawi ni.. Mungkin bukan niat Zizan kot.. Tapi, itula kan,, kita nak buat lawak pun kene bertempat.. Tapi harap harap Zizan lebih berhati hati la pasni.. Semoga imej bersihnya kekal bersih.. Dan dengar khabar Nabil da ada gefren baru.. Cun.. Tak caya.. tanya dini..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...