Nak Souvenier best?

Showing posts with label Aznil Nawawi. Show all posts
Showing posts with label Aznil Nawawi. Show all posts

AKADEMI FANTASIA / Jadual Konsert (tick dalam kalender ye).


Akademi Fantasia merupakan sebuah rancangan realiti nombor satu (1) di Malaysia. Para pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan.

Mereka ditempatkan di dalam akademi tanpa sebarang komunikasi dengan dunia luar. Sepanjang tempoh ini, mereka akan belajar pelbagai kemahiran bagi menyiapkan diri menjadi penghibur yang versatile termasuk kemahiran vokal, lakonan dan drama.

Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang berasal dari Mexico. Memulakan musim yang pertama pada tahun 2003 dan Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini.

Setelah lapan musim, sistem penjurian seratus peratus menerusi undian SMS penonton masih diteruskan untuk musim yang kesembilan ini. Elemen kejutan dan drama adalah segala-galanya dalam program paling popular di Astro Ria (Saluran 104) ini.

Minggu Tarikh Masa Saluran
Konsert Tirai 2nd April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 1 9th April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 2 16th April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 3 23rd April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 4 30th April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 5 7th Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 6 14th Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 7 21st Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 8 28th Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 9 4th Jun’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Akhir 11th Jun’11 9malam hingga 11malam Astro Ria

~Lama juga rupanya Rancangan ini berlangsung ye?.. Lebih kurang dekat 3 bulan juga la kan.. Nak juga tahu siapa yang akan jadi JUARA AF9 ni. Pengetua pun belum umum lagi ni... (Eksaited pula..)

Pengetua AF9 Ahmad Dhani/ Persenda Ayah Aznil Nawawi Pengacara AF9

Harini keluar awal pagi.. terbeli newspaper.. Dah lama tak beli kan.. Jadi nak le merasai rasa membelek helaian suratkhabar tu.. Nikmat membelek dan nak tengok cepat cepat.. Biasanya round pertama: tengok gambar dan tajuk menarik,
Bila round kedua barula baca berita berita lain... (ada ke yang wat camni gak?..)

Dalam paper metro tu adala berita tentang bakal Pengetua AF9. Rupanya Ahmad Dhani ni tercalon ye? Taksangka pula.. Tapi nampak gayanya ada halangan la.. Kalau bukan Ahmad Dhani jadi Pengetua AF9, siapala yang bakal memegang tanggungjawab tu.. David Teo?.. Hehe.. Pasni semua bintang AF9 boleh jadi pelakon filim gitu...

AF9 bakal menyaksikan Aznil Nawawi jadi pengacara?.. Kalau betulla AF9 ni yang terakhir, rasanya memang best la kalau Aznil Nawawi mengacara.. Semua suke dia kan.. Kalau budak budak tu.. Laaagila suke , tengok aje Tom Tom Bak tu.. hehe..

Pastu masa blogwalking, banyak la juga jumpe post/ entry tentang lawak oleh Zizan tentnag ayah Aznil Nawawi ni.. Mungkin bukan niat Zizan kot.. Tapi, itula kan,, kita nak buat lawak pun kene bertempat.. Tapi harap harap Zizan lebih berhati hati la pasni.. Semoga imej bersihnya kekal bersih.. Dan dengar khabar Nabil da ada gefren baru.. Cun.. Tak caya.. tanya dini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...