Nak Souvenier best?

jadi ke tak jadi Datuk AC Mizal?

~semalam masa baca mstar online cuba intai2 juga nama AC, tak ada pun.. yg ada nama datuk hasbullah awang.. bila baca ni baru la faham...


PETALING JAYA: Pelakon Emylia Rosnaida menafikan gelaran Datuk daripada Istana Pahang terhadap suaminya, pengacara A.C Mizal ditarik balik sebaliknya memaklumkan darjah itu akan dikurniakan secara rasmi dalam satu istiadat yang akan diadakan pada bulan Disember nanti.

Emylia yang juga pengurus kepada A.C Mizal berkata, pihaknya telah pun menerima surat pengurniaan darjah kebesaran peringkat kedua iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada bulan Ramadan lalu.

“Dakwaan mengatakan darjah berkenaan ditarik balik itu tidak benar kerana pihak kami sudah menerima surat pengurniaan pingat oleh Istana Pahang pada bulan Ramadan lalu. Setahu saya dia (A.C Mizal) akan menerima surat lain dua minggu sebelum istiadat pengurniaan pingat di lakukan pada Disember nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

2 comments:

azzey said...

nur: Tahniah le utk AC. Dah rezeki .....

nur said...

azzey bila pulak nak dapat gelaran ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...