Nak Souvenier best?

Putus Kepala...

-ISK.. INILAH BAHAYANYA MENCEROBOH KAWASAN LARANGAN.. SALAH SIAPA?

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar maut dengan kepalanya hampir putus akibat dilanggar sebuah tren LRT Laluan Ampang di Stesen Chan Sow Lin di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian 6.45 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun itu telah menceroboh kawasan stesen itu melalui tempat yang tidak berpagar sebelum dilanggar tren berkenaan dan diseret sejauh 10 meter.

"Mangsa mengalami patah tulang pada keseluruhan anggota badan dan lehernya hampir putus. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Divisyen Rail RapidKL, Khairani Mohamed berkata, berikutan insiden itu, perkhidmatan tren laluan Ampang diberhentikan selama 31 minit mulai 8.15 pagi bagi membantu siasatan polis.

Perkhidmatan itu disambung semula pada 8.46 pagi, katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA

1 comments:

insan marhaen said...

hik, macam mana ada gambar perempuan seksi terpapar kat skrin blog AIO? ganggu pulak nak baca entri!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...