Nak Souvenier best?

Jangan Ingat Baginda Hari Ini Sahaja..

Jangan Ingat Baginda Hari Ini Sahaja..

Mestilah mengingati sentiasa...

#ADA YANG PEGI BERARAK KE PAGI NI..
PASTI BERSEMANGAT..

Pagi-pagi hari mari baca Kisah Rasulullah SAW.

#TERIMA KASIH LOLZ: http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/sila-baca.html..
ni sebahagian je.. Sambung baca kat blog beliau ye..

Abdullah bin Abdul Mutalib berkahwin dengan siti Aminah ketika berusia 24 tahun. Abdullah ialah anak kepada Abdul Mutalib bin Hasyim iaitu seorang pembesar di kota Mekah. Abdul Mutalib pergi meminang siti Aminah kerana dia ialah seorang rupawan ketika itu orang yang terbaik dikalangan bgsa arab dan juga mempunyai susur galur dengan keluarga Abdul Mutalib, iaitu pertemuan pada keturunan Qusai bin Kilab.  Lebih kurang lima pupu la. dan ketika berkahwin, usia Aminah belasan tahun. dan pada masa yang sama, abdul Mutalib pun kahwin baru jugak, iaitu dengan Hala dan dapat anak yang bernama Hamzah bin Abdul Mutalib. Abdullah kawin dgn Aminah dapat anak nama nabi Muhammad. Sebab tu jarak antara Hamzah dgn Nabi Muhammad ini sebaya. Lahirnya tempoh yang hampir sama, main bola pun sekali, main polis entri pun sekali. Sebb tu bila saidina hamzah mati di medan uhud , nabi marah sgt. Nabi tersa sgt, sebab ini kawan sepermainan nabi, walaupun hamzah ialah bapa saudara nabi, tetapi dia sebaya. ketika saidina hamzah meninggal, dadanya dibelah, jantungnya dimakan, hidungnya dipotong, timbul satu perasaan yang membuak2 didalam hati rasulullah. Pastu nabi kata, siapa yang bunuh hamzah gini, aku akan buat mcm mana dia buat pada hamzah. Turun perintah Allah melarang nabi membalas dendam, sebab tu bila Wahsyi masuk islam, yang menembak hamzah dengan tombak,rasulullah layan dengan baik. Begitu jugak Hindun yang geget jantung hamzah pun nabi layan dengan baik. JAdi kita ni apa sebab untuk membalas dendam, sedangkan nabi pun Allah larang untuk mmbalas dendam. Apatah lagi kita.

Salam Maulidur Rasul

Mari semarakkan kasih kepada baginda SAW

Rasulullah dalam mengenangmu Kami susuri lembaran sirahmu

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela



------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan lirik-lirik nasyid di http://www.liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri

KOMEN TERPILIH

Alahaiii Nur...Dah ramai sgt follower, tak larat nak BW kot...Nur pun tak kurang pemes nya.. Larat ke BW sume tuh?Ada tu sorang follower kakya. Dia xpernah BW dan dia tak kesah follower dia tinggal jejak atau tidak. Tujuan dia berblog, kejar trafik. Hari2 dia post N3 baru then dia ping ke 10 tempat.. U see!!! Yang penting pada dia trafik dia hari2 melambung. Ekcelikan Nur,, tertakluk tujuan kita berblog..macam kakya yang baru berblog semula ni,, tinggal jejak sampai 3 Kali, takde response kalu. Stop disitu jek laaa.. Selamat menyambut MAULIDUR RASUL esok ye.. Jom pegi putrajaya..

BETUL KATANYA

Mentang mentang dia blogger femes..

Siapa dia..
Ntahle..
Tapi..
Saja nak luahkan ..
Mentang mentang dia dah femes
Glamer sana sini..

Tak jenguk kita kat sini.


#terasake...

Minum Petang..

Kalau dapat pisang goreng..
Cecah sambal kicap..
Dipasangkan dengan kopi O panas..

Duduk ditepi bendang..
Menikmati pemandangan..
Bersama angin sepoi bahasa..

Oh.. Seakan dalam novel..
Berangan la sangat...

Di mana perikemanusiaan?

TAK BERHATI PERUT..


KUALA LUMPUR: Muka dan badannya bukan saja bengkak, tetapi turut dipenuhi kesan berbirat akibat dirotan dengan penyangkut baju oleh bapanya sejak hampir sebulan lalu.

Difahamkan, bapa mangsa yang berusia 36 tahun bertindak kejam merotan dan memukul anak lelakinya itu yang berusia dua tahun kerana tidak tahan dengan tangisan kanak-kanak berkenaan.


Dalam kejadian terbaru jam 5.30 petang di rumah mereka di Kepong, di sini, kelmarin, mangsa sekali lagi ‘dibelasah’ bapanya hanya kerana enggan berhenti menangis.

Malah, ibu mangsa yang berusia 23 tahun dan cuba mempertahankan anaknya itu turut dipukul.


Tidak tahan menyaksikan penderitaan anak lelakinya, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, jam 11.30 malam.


Menurut sumber, dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak terbabit dipercayai menangis disebabkan kesakitan kerana dipukul suspek.

Jutawan Emas.

JOM MELABUR EMAS...


HARGA emas dijangka terus meningkat hingga mencecah harga purata AS$1,975 (RM6,000) bagi satu auns (28.35g) menjelang suku keempat tahun ini berikutan sentimen positif terhadap komoditi itu meskipun ketika situasi ekonomi global berdepan keadaan tidak menentu.

Ketua Pakar Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice berkata, selain emas, harga minyak turut dijangka naik kepada AS$100 (RM301) setong menjelang separuh kedua tahun ini.


Beliau berkata, terdapat empat faktor yang mendorong peningkatan harga emas iaitu jumlah hutang tinggi di barat, kadar faedah sebenar yang negatif, permintaan tinggi dari China, India dan bank-bank pusat serta bekalan terhad komoditi berkenaan.

“Suasana tidak menentu ekonomi global secara berterusan turut merangsang minat terhadap emas sebagai alternatif bagi melindungi nilai berbanding pelaburan lebih berisiko.


“Kenaikan harga minyak pula disebabkan risiko ketidakstabilan politik di Timur Tengah dan permintaan kukuh daripada pasaran baru muncul terutama China,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

Kenapa Putus Tunang?

Kenapa Putus Tunang?
Malu la kalau putus tunang..
Ye ke malu?..
Lebih baik putus daripada tak bahagia kemudian hari..

Punca punca nya..
- tidak serasi..
- ada pihak ketiga
- tiada jodoh...

Apa pun.
Bersabarlah..
Ada hikmahnya..
Terruskan hidup.. (tak rasa sendiri bolehla cakap mcm mcm kan..)

Bonus Tabung Haji 2012.

SERAMAI 6.96 juta pendeposit Tabung Haji (TH) akan menikmati pembayaran bonus sebanyak enam peratus bagi 2011 iaitu peningkatan sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit pada 8 Februari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata peningkatan pembayaran bonus berkenaan berikutan kejayaan TH mengekalkan prestasi kewangannya dengan mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion untuk tahun kedua, manakala keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion buat kali kelima berturut-turut sejak 2007.


“Kadar bonus pendeposit TH adalah berdaya saing memandangkan profil pelaburan TH terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah saja, namun agensi itu masih berkemampuan memberikan tambahan 0.5 peratus daripada kadar bonus 2010 sebanyak 5.5 peratus.

“Pembayaran bonus pendeposit sebanyak RM1.67 bilion adalah daripada keuntungan tahun semasa, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding jumlah bonus pendeposit yang dibayar pada 2010 berjumlah RM1.33 bilion,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi di bawahnya di Putrajaya, semalam. Hadir sama, Timbalan Menterinya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor.


Jamil Khir berkata, pendapatan TH tahun lalu berjumlah RM2.2 bilion meningkat sebanyak RM120 juta atau enam peratus berbanding 2010, dengan pertambahan dua kali ganda kadar pendapatan TH sejak 2006.

~UNTUNGLA SAPA YANG ADA SIMPANAN TABUNG HAJI YE..

RM 18,000.

BESTNYE ..


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan syarikat rakaman, Syncrosound Records Label Music Sdn. Bhd. (Syncrosound) membayar royalti sebanyak RM18,859.38 kepada penyanyi, Anuar Zain.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nurul Nadzia Abdul Aziz membuat keputusan itu di dalam kamarnya.

Semalam ditetapkan untuk keputusan taksiran jumlah royalti yang perlu dibayar syarikat rakaman itu kepada penyanyi itu bagi penjualan dua albumnya. Kedua-dua album itu menggunakan namanya sebagai judul.

Peguam yang mewakili Anuar, Aizul Rohan Anuar hadir di mahkamah, namun, penyanyi itu dan wakil daripada Syncrosound tidak hadir.

Dalam penghakimannya, Nurul Nadzia berkata, jumlah royalti sebanyak RM18,859.38 itu dikira daripada jumlah album yang dijual dari unit 15,000 sehingga unit terakhir yang dijual dan bukannya dikira dari unit pertama penjualan album itu.

"Mahkamah mengguna pakai perkiraan royalti yang dibayar kepada plaintif (Anuar) dalam mengira royalti yang perlu dibayar dan setelah meneliti perkiraan itu, mahkamah mendapati bahawa royalti sebanyak 10 peratus hanya akan dibayar bagi unit yang terjual dari 15,000 ke 29,999," katanya.

Selain itu, mahkamah juga mendapati dalam perkiraan royalti itu, tiada apa-apa rujukan dibuat terhadap penolakan kos produksi dan perbelanjaan yang dibuat oleh syarikat rakaman itu.

Nurul Nadzia berkata, dalam memutuskan jumlah royalti itu, mahkamah tidak mengambil kira hujahan defendan bahawa kos produksi dan perbelanjaan adalah lebih tinggi daripada royalti yang telah dibayar kepada Anuar kerana tiada keterangan yang diberikan oleh defendan bagi menyokong kenyataan itu.

Resepi Omellete.

Ni copy dari ceritakuasn.blogspot...
Nak cuba nanti..

Bahan-bahan omelette:

2 keping roti sandwich (goreng mcm goreng roti burger)
1 keping daging burger (goreng macam nak buat burger)
4 hirisan timun
sedikit sos
sedikit mayonis
1 biji telur (untuk membalut roti)

(sos & mayonis tu dicampurkan dan disapu pada daging burger yang sudah dimasak)

Bahan untuk sos lada hitam:

sesuka hati lada hitam hehehehe (hancurkan)
sos cili
susu cair
kicap pekat
marjerin
garam
gula
air
tepung jagung

semua sukatan hendaklah sama bagi setiap bahan

Cara masak;

Omelette - goreng daging burger dan roti. Sapu daging dengan sos yang telah dicampur mayonis. Susun roti, daging & sayur. goreng telur (ratakan atas kuali leper - bagi memudah kan untuk membalut roti). Letak roti keatas telur dan balutkan.

Sos lada hitam - masukkan semua bahan periuk dan gaul hingga pekat

Resepi Scrambled Egg.

Dapat dari resepimakcik ptd..
Cuba jom..


SCRAMBLE EGG
2 camb mentega
4 biji telur
4 camb susu cair
sedikit garam & serbuk lada sulah
1 camb krim segar/putar

Pukul telur dengan susu cair, garam dan serbuk lada sulah. Cairkan 1 camb mentega dalam kuali. Bila berbuih, masukkan telur tadi dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu tetapi mesti diketepikan dari api bila separuh telur menjadi kental (masih ada separuh yg cair sedikit). Masukkan baki mentega dan krim, kacau lagi hingga sebati. Telur akan masak dengan kepanasan kuali, tak perlu memasak di atas api kerana telur akan menjadi keras. Utk mendapatkan telur yg lebih halus 'ketulnya', gunakan pemutar 'belon' (balloon whisk).


Note : Boleh jugak di campurkan dgn mushroom soup.

Resepi Pancake Hari Sabtu.

Dapat dari blog KakChik..
Lupe nak letak link..
Selamat berseronok membuat dan memakan penkek.


2 cawan tepung serbaguna.. (telah menggunakan tepung gandum biasa taruk baking powder sesudu kecik)
2 biji telur
2 sudu besar minyak zaitun ( telah menggunakan minyak masak je)
1 1/3 susu segar atau apa2 susu la..
2 sudu besar madu/ gula (kebetulan ada madu.. so guna je la)

Gaulkan semua guna fork(supaya takde ketul2)
pastu masakkan dalam nonstick pan.. Dah siap.. boleh dapat dalam 8 keping kalau buat saiz piring..

Bolehla cuba ye kawan kawan..

Nasyid Maulidur Rasul / 20 April Tahun Gajah.

Tercipta 1 lembaran sejarah di tanah suci kota mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah,

Malam isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,

Abdullah nama bapanya,Siti Aminah ibunya,
Riang gembira menyambut mulia terima putera yang utama..
Tercipta 1 lembaran sejarah di tanah suci kota mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah,

Malam isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,

Muhammad nama diberi,gelaran yang terpuji,
Nikmat Illahi sama di syukuri terima putera yang berbakti...
Tercipta 1 lembaran sejarah di tanah suci kota mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah,

Malam isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,

Boleh contohi..

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Hey, Dah Februari..

Hey, Dah Februari..

Ada apa dengan Februari ini?
Dah sebulan menjengah 2012.
Azam dah tercapai?..
Atau belumpun ada azam lagi?..
Ada yang bercuti ye harini..

untungla kan..
SELAMAT HARI WILAYAH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...