SERAMAI 6.96 juta pendeposit Tabung Haji (TH) akan menikmati pembayaran bonus sebanyak enam peratus bagi 2011 iaitu peningkatan sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit pada 8 Februari depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata peningkatan pembayaran bonus berkenaan berikutan kejayaan TH mengekalkan prestasi kewangannya dengan mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion untuk tahun kedua, manakala keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion buat kali kelima berturut-turut sejak 2007.
“Kadar bonus pendeposit TH adalah berdaya saing memandangkan profil pelaburan TH terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah saja, namun agensi itu masih berkemampuan memberikan tambahan 0.5 peratus daripada kadar bonus 2010 sebanyak 5.5 peratus.
“Pembayaran bonus pendeposit sebanyak RM1.67 bilion adalah daripada keuntungan tahun semasa, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding jumlah bonus pendeposit yang dibayar pada 2010 berjumlah RM1.33 bilion,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi di bawahnya di Putrajaya, semalam. Hadir sama, Timbalan Menterinya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor.
Jamil Khir berkata, pendapatan TH tahun lalu berjumlah RM2.2 bilion meningkat sebanyak RM120 juta atau enam peratus berbanding 2010, dengan pertambahan dua kali ganda kadar pendapatan TH sejak 2006.
~UNTUNGLA SAPA YANG ADA SIMPANAN TABUNG HAJI YE..
Showing posts with label Cara mengira dividen ASB. Show all posts
Showing posts with label Cara mengira dividen ASB. Show all posts
How to Calculate ASB Dividend / Cara Mengira Dividen ASB
Semalam mencari cari cara untuk kira dividen ASB. Taip ASB je kat google tu keluar le satu link ni. Tajuk How To Calculate ASB dividend. Detail la juga cara pengiraan yang diberikan. Campur tolak darab bahagi.. Bukan semua la.. Ada elemen bahagi dan darab je la.. Dua tiga kali baca pun.. Akhirnya tak faham juga.. Matematik memang hampeh la.. Tolong cikgu jangan marah..
Lepas tu mengikut kata Rozuan Ismail kat sini kalau RM50 akan jadila 58.00. Betul tak... Kalau lagi banyak lagi masyuk la ye.. Bolehla jadi jutawan (angan angan betul)..
Ada sesiapa lagi yang boleh suggestkan web/ link tentang ni.. thanks..
Oh ye.. link yang dimaksudkan tu ada kat sini
Lepas tu mengikut kata Rozuan Ismail kat sini kalau RM50 akan jadila 58.00. Betul tak... Kalau lagi banyak lagi masyuk la ye.. Bolehla jadi jutawan (angan angan betul)..
Ada sesiapa lagi yang boleh suggestkan web/ link tentang ni.. thanks..
Oh ye.. link yang dimaksudkan tu ada kat sini
Subscribe to:
Posts (Atom)