Nak Souvenier best?

Neelofa nafi bercuti dengan Hans Isaac di Koh Samui.

Neelofa nafi bercuti dengan Hans Isaac di Koh Samui.

~Rata-rata berita pasal Neelofa ni keluar kat semua paper. Khabarnya Neelofa dan Hans Isaac pergi brcuti di Koh Samui, Thailand. Rupa-rupanya takla. Masing- masing pergi berasingan. Nur tak pernah pula sampai ke Koh Samui ni. Lepas ni nak google la keindahan Koh Samui ni.

Bercuti bersama secara kebetulan?..

Ala.. biasala kan. Macam kawan-kawan g bercuti kat Cameron Highland ke lepas tu terserempakdengan Nur masa petik strawberi.. Ha, lebih kurang gitu la situasi Neelofa ni kan. Cuma tak terserempak je dengan Hans Isaac.


Kosmo!: Pasti Lofa sendiri sudah tahu tentang gosip yang mendakwa Lofa bercuti bersama Hans Isaac di Koh Samui, Thailand baru-baru ini. Betul atau tidak?
NEELOFA: Jika mahu dikatakan saya bercuti bersama dia (Hans Isaac), dia sebenarnya sudah cuti lama (ke Koh Samui) sejak hari Khamis dan dia juga belum pulang lagi. Sedangkan, saya bersama kawan-kawan saya ingin bercuti selepas tamat penggambaran drama bersiri Kau Yang Terindah. Hans pula pergi ke sana dengan tujuan yang lain tapi apa yang menghairankan, mengapa mereka ini (blog-blog gosip hiburan tempatan) mahu paparkan gambar (yang) saya (rakam) dan jadikan ia isu besar.
Ini kerana memang saya sendiri yang muatnaik gambar (pemandangan di Koh Samui) tersebut. Pelik mengapa mereka paparkan gambar tersebut dan reka cerita lain. Jika Lofa mahu orang tahu bahawa Lofa bercuti bersama Hans, baik Lofa rakam gambar bersama dia sahaja.
Jadi Lofa memang bercuti bersama kawan-kawan Lofa?
Ya, betul.
Lofa ada berjumpa dengan Hans di Koh Samui?
Tidak sama sekali. Kami tidak berada di lokasi yang sama di Thailand, dia telah ke Phuket. (Pelakon) Nazim Othman juga ada bercuti di Phuket. Saya juga tidak jumpa Nazim kerana dia menginap di resort yang lain. Ini kerana percutian Lofa itu hanya selama dua hari sahaja. Lofa pergi hari Ahad dan pulang semalam (Isnin).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...