Nak Souvenier best?

Saya ingin bergelar doktor

hmetro.

DIBESARKAN dalam keluarga gimnas, Nur Eli Ellina Azmi, pemenang pingat perak Sukan Sea Indonesia 2011 ini bercita-cita menjadi doktor.

SOALAN (S): Jika anda bukan atlet, apa karier pilihan anda?

NUR ELI ELLINA AZMI (NEA):
 Sejak kecil saya memang bercita-cita untuk bergelar bijak pandai. Oleh itu saya ingin bergelar doktor kerana kerjaya itu tidak mudah untuk diceburi. 

S: Apa yang menarik minat anda untuk menceburi bidang berkenaan?

NEA:
 Saya begitu meminati subjek sains seperti biologi dan kimia dan ingin bekerja di makmal perubatan. Doktor adalah orang penting dalam dunia perubatan terutama dalam mendiagnosa penyakit dan mengkaji formula perubatan tertentu.


S: Siapa mendorong anda untuk menjadi doktor? Ahli keluarga mungkin?

NEA:
 Tiada ahli keluarga yang mempengaruhi saya untuk meminati kerjaya sebagai doktor. Saya sememangnya meminati sains dan teruja menyaksikan kehebatan mereka dalam bidang perubatan di kaca televisyen menjalankan tugas dalam rancangan tertentu umpamanya siri penyiasatan popular CSI. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...