~Cara air kumbahan dirawat..
~tak pernh tahu dan ni baru tau.. sercara ringkas je..
Jujurnya, berapa ramaikah antara kita pernah memikirkan ke manakah perginya air najis apabila sudah dipam dari tandas? Dengan adanya kemudahan tandas moden, sistem pembetungan disambung ke loji rawatan kumbahan. Najis dan sisa kumbahan itu seterusnya dilupus dan dirawat dengan betul. Ini harus dilakukan sebelum ia terlepas ke sungai atau persekitaran.
"Air sisa menerusi sistem paip penyambungan akan disalurkan ke loji untuk dirawat. Di situ, ia akan dirawat untuk jadikan air itu jernih dan selamat dilepaskan ke alam sekitar. Mengikut piawaian Jabatan Alam Sekitar air sisa itu harus hilang bau dan rupa. Inilah tanggungjawab IWK yang kurang difahami orang ramai.
"Kerjanya kotor, sukar dan berbahaya dan tidak semua orang boleh buat," kata Abdul Kadir sambil menambah, air kumbahan juga tidak boleh dibuang begitu sahaja kerana boleh menyebabkan berlakunya epidemik penyakit bawaan air seperti taun, demam kepialu, leptospirosis dan lain-lain penyakit berjangkit . - Bernama
3 comments:
Memang salute la dengan sapa yang kerja dengan loji kumbahan ni..
kagum dgn sistem pemulihan air ni... camner sistemnya agaknya..
err tapi kalau diminum gimana ya rasanya pak??? =P
Post a Comment