Nak Souvenier best?

Showing posts with label 1Malaysia 1Ummah. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia 1Ummah. Show all posts

1Malaysia Privilege Card. Apa tu?

~untungla mereka kan..


PUTRAJAYA - Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenalkan satu lagi inisiatif terbaharu bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan 1Malaysia Privilege Card khusus untuk 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.
Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan 'Wira Yang Tidak Didendang'.
Ia merupakan lanjutan kepada strategi NBOS 6 yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara.
"Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau pendapatan boleh guna rakyat," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.

K1M : Komuniti 1MALAYSIA.

K1M adalah transformasi daripada Komuniti Bestari yang kini diberi penambahbaikan oleh Jabatan Penerangan. 


1.Rakan Padu
aktiviti perpaduan nasional 


2.Rakan Usahawan
pembangunan sosioekonomi


3.Rakan IT
perkongsian maklumat


4. Rakan Budaya
 kebudayaan dan kesenian


5. Rakan Harmoni.
interaksi sosial

Sebagai sebuah pertubuhan sukarela, K1M diwujudkan di setiap kawasan Parlimen dengan jumlah sukarelawan sekurang-kurangnya seramai 10 orang di setiap kawasan. Masing-masing mempunyai pelbagai kemahiran bagi membantu golongan kurang bernasib baik menerusi pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Sambutan Hari Malaysia 2011. (Gambar). Ada Artis!

 Sambutan Hari Malaysia 2011. (Gambar). Ada Artis!

Selamat Hari Malaysia.
Selamat Hari Merdeka.
Live dari Dataran Merdeka.

Perarakan berlangsung!
Pelbagai kontijen berarak..

Ada artis juga!
Datuk YH,
Datuk JS,

Datuk eh .. Shamsul Yusoff..

LISA SURIHANI takde ke?..

Yang penting SEMANGAT 1MALAYSIA..


jom tengok gambar.

RELEVANKAH KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA?..

PUTRAJAYA – Kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu kota bakal menjadi medan projek perintis pembukaan cawangan Kedai Rakyat 1Malaysia fasa pertama yang dilaksanakan tidak lama lagi bagi memperluaskan penjualan barangan harga murah kepada warga kota yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan itu menepati konsep kedai berkenaan untuk menjual pelbagai barangan keperluan asas pada harga berpatutan dan sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup warga kota.
“Kebanyakan kelompok masyarakat di PPR adalah mereka yang berpendapatan rendah dan semestinya menjadi sasaran utama kita.
“Kami sedang mengumpul data kedai-kedai runcit yang beroperasi di kawasan PPR di seluruh Kuala Lumpur untuk pelaksanaan program ini,’’ katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Maulidur Rasul / Mawlid / "1Malaysia 1Ummah"

Sambutan Maulidur Rasul SAW bagi tahun 2011M/1432H yang bertemakan "1Malaysia 1Ummah"...

Cop, nak tanya la.. Ada tak yang tak tahu Maulidur Rasul ni untuk Apa?...

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Sumber : Wiki..

Teringat Nasyid Maulid Nabi..
Kawan kawan ingat tak?
Apa rancangan pagi nanti..
Sama sama banyakkanShalawat ke atas Nabi SAW..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...