Nak Souvenier best?

Showing posts with label Borang UPU; Mohon IPTA. Show all posts
Showing posts with label Borang UPU; Mohon IPTA. Show all posts

Keputusan kemasukan ke IPTA hari ini.

TAHNIAH BUAT YANG BERJAYA..


Keputusan kemasukan ke IPTA hari ini
KUALA LUMPUR - Keputusan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, matrikulasi dan asasi untuk calon yang tidak ditawarkan dalam pemilihan awal boleh diketahui hari ini mulai pukul 12 tengah hari.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa berkata, calon boleh mendapatkan maklumat itu melalui hotline 03-8870 6767, helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau laman web http://upu.mohe.gov.my., http://www.jpt.utm.my, http://jpt. uum.edu.my, https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my.
"Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, calon yang terpilih merupakan calon yang tidak mendapat tawaran ke IPTA dalam pemilihan awal kerana tidak bersetuju ditawarkan program pengajian luar pilihan dan melibatkan mereka yang mendapat PNGK 2.8 ke atas.
"Proses pemilihan dilaksanakan mengikut pilihan calon atau rayuan atau pilihan bidang calon atau mengikut program pengajian yang mempunyai kekosongan dan bersesuaian dengan bidang pilihan calon," katanya.
Beliau berkata, keputusan tawaran ini adalah muktamad dan calon tidak dibenar mengemukakan rayuan terhadap tawaran itu.
Calon yang berjaya akan mendaftar pada 1 dan 2 September. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-8870 6767 dan 03-8870 6777.


Borang UPU 2012/2013.. Dah isi?

Borang UPU 2012/2013.. Dah isi? Sila lawati: http://www.mohe.gov.my/portal/

Bagi yang dah mesti rasa lega. Ada yang masih belum isi BORANG UPU ke?.. Masih berkira-kira nak isi ye?.. Agak- agaknya course apa yang menjadi pilihan? Kalau zaman dahulu sesiapa yang dapat masuk U tu memang dipandang tinggi.. Sekarang?..
Masih dipandang tinggi.. Iyalah. siapa yang tak bangga bila dapat masuk Universiti kan?.. Nak nak pula kalau dapat tawaran hingga ke luar negara. Di samping dapat menimba ilmu, dapat juga menimba pengalaman budaya negara orang. Cuma yang penting kena pandai pandai bawa diri..

Pandai jaga diri, tak semestinya untuk yang kat luar negara aja.. Yang kat dalam negara ni pun mesti pandai jaga diri juga.. Godaan macam-macam sekarang ni.. Pandai pilih kawan supaya sama-sama berjaya..

Kalau boleh nak pilih course yang menjanjikan peluang pekerjaan terus bila dah grad 3-4 tahun nanti.. Bidang paling glamer pastinya guru.. Tapi, dengar khabar ramai juga guru lepasan ijazah yang masih belum dapat posting.. jadi macam mana?.. meniaga atau jadi petani moden aja la.. :(

Permohonan UPU Sesi 2012/2013.

Permohonan UPU Sesi 2012/2013.

Sekarang ramai yang tengah mencari maklumat untuk ISI BORANG UPU ONLINE atau CARA MOHON UPU ONLINE. Jadi anda semua bolehlah rujuk laman web untuk UPU ONLINE kat link ini:  http://upu.mohe.gov.my.

Sedikit Peringatan untuk pemohon:

  • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan.
  • Pastikan anda membaca setiap manual pengguna bagi pengisian borang permohonan.
Anda semua boleh baca lebih lanjut pada laman web yang tersebut.

~INI PESANAN LAIN:
SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM ISI BORANG.
PILIH KURSUS YANG DIRASAKAN SESUAI DENGAN DIRI SENDIRI.
BUAT PERSEDIAAN YANG TELITI SEBELUM ISI BORANG TU YE.

SEMOGA BERJAYA DALAM MENJEJAKKAN KAKI KE MENARA GADING...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...