Nak Souvenier best?

Showing posts with label Tasik Kenyir dicemari bakteria. Show all posts
Showing posts with label Tasik Kenyir dicemari bakteria. Show all posts

Sah Tak Ada Bakteria E.Coli..

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa Tasik Kenyir, Terengganu, tidak dicemari dengan bakteria Escherichia coli (E-Coli) sebagaimana didakwa beberapa akhbar awal bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, tinjauan serta siasatan terhadap tahap pencemaran tasik itu dibuat pada hari Ahad lepas dan air mentahnya didapati berada dalam julat yang biasa.

Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu mengambil sampel air mentah dari tujuh 'Houseboat' dan dua pusat peranginan di kawasan itu, dan ia dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri untuk dianalisis.

"Keputusan dua hari lepas mendapati tahap pencemaran E-Coli adalah pada tahap 2 hingga 920 MPN/100ml, di mana ia adalah jauh di bawah tahap maksimum kesesuaian sebagai air mentah iaitu pada 5000 MPN/100ml berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, penemuan bakteria E-Coli adalah satu kelaziman di dalam permukaan seperti tasik dan sungai kerana ia tersebar luas. - Bernama

~Haritu ada post tentang berita ni.. Jadi ni sebagai susulan berita yang tersebut... So, bolehla pergi bercuti2 ke sana atau memancing ke sana..

Hadiah RM 50, 000 dan Bakteria E. coli

HULU TERENGGANU: Air Tasik Kenyir di sini, disahkan dicemari bakteria e-coli serta berada pada tahap membimbangkan berikutan pembuangan sisa kumbahan dan air buangan oleh pengusaha rumah bot yang menjadikan tasik buatan itu sebagai lokasi mencari rezeki.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata, kebanyakan rumah bot menggunakan mangkuk tandas jenis cangkung dengan sistem ‘flushing domestik’ manakala air buangan daripada sinki dapur yang mengandungi minyak masak serta sisa makanan dibuang terus ke dalam tasik.

“Kajian dilakukan Universiti Malaysia Terengganu mendapati berlaku peningkatan bakteria e-coli dalam air di tasik itu dan ia boleh menjejaskan sumber dan hidupan air di situ.

“Berdasarkan hasil kajian itu, kita akan membina tandas dan menyediakan sistem buangan sisa lebih sistematik percuma kepada 37 rumah bot sedia ada serta mewajibkan rumah bot baru menyediakan sistem air buangan sebelum lesen dikeluarkan,” katanya pada sidang media sempena pertandingan memancing Kenyir Cup 2010 di Pangkalan Gawi di sini, semalam.

Pertandingan memancing Kenyir Cup membabitkan 60 peserta dari China dan 20 peserta tempatan diadakan selama tiga hari mulai esok menawarkan hadiah keseluruhan RM50,000.

Hadir sama pada majlis itu Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Hamzah Ngah dan Timbalan Pengarah Tourism Malaysia negeri, Zaini Sulaiman.- metro

~Harap- harap peserta peserta Kenyir Cup ni nanti tidak akan mendapat jangkitan Bakteria e. Coli ni.. Kalau tak, tak harum nanti nama negara kita.. Sama sama menjaga kesihatan.. Siapa yang dah pergi Tasik Kenyir ni?. Best tak?.. Cuti cuti Malaysia kat mana ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...