LAGI ARTIS BERCERAI?.. macam macam..
KAJANG: Ikatan perkahwinan pelakon dan penyanyi, Joey dan isteri, Noraini Mohammad Nasir terlerai pada Khamis, apabila Mahkamah Rendah Syariah di sini memutuskan lafaz talak yang dibuat lebih setahun lalu sebagai sah.
Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah pada penghakimannya juga memutuskan bahawa tidak berlaku rujuk antara pasangan tersebut, selepas Joey bersumpah bagi menafikan dakwaan yang dibuat oleh isterinya yang merupakan bekas produser.
Percanggahan yang timbul atas isu rujuk, menyebabkan Abdul Halim memutuskan bahawa Noraini selaku pihak yang mendakwa perlu menawarkan kepada Joey untuk bersumpah dan sekiranya lelaki itu tidak bersedia untuk berbuat demikian, beban untuk bersumpah akan kembali kepada wanita terbabit.
Joey atau nama sebenarnya, Zulkifli Daud, 37, bagaimanapun mengakui bahawa dia bersedia untuk bersumpah yang dilakukannya pada pukul 12. 10 tengah hari.
"Saya tidak pernah melafazkan rujuk kepada isteri saya pada 8 Jun 2010 atau pada bila-bila masa sekali pun selepas perceraian. Sekiranya saya berdusta dengan sumpah ini, maka laknat Allah akan menimpa ke atas diri saya di dunia dan akhirat," lafaz vokalis kumpulan Exists tersebut.
Selepas Joey melafazkan sumpah itu, Abdul Halim memutuskan bahawa pasangan tersebut sah bercerai dengan talak satu kali pertama dan memerintahkan Noraini, 44, untuk beredah selama tiga kali suci bermula lafaz dibuat, iaitu 4 Jun 2010. Memandangkan Joey pernah mengakui dia mahu berkahwin lain, Abdul Halim berkata secara terus kepadanya: "Sila daftarkan perceraian ini ke pejabat agama untuk membolehkan kamu berkahwin lain seperti yang kamu cakap."
Pada penghakimannya, Abdul Halim turut menyelitkan nasihat agar umat Islam tidak tergesa-gesa melafazkan cerai kepada isteri mereka meskipun telah berasa amat benci dan seharusnya ia dibawa kepada pengetahuan mahkamah.
-mstar.
Pelakon popular Zul Huzaimy, Bercerai.
PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon popular Zul Huzaimy, 33, Nor Dalilah Muhammad, 29 mengesahkan mereka sudah bercerai talak dua dan didaftarkan pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.
Menurut Dalilah sebelum itu, mereka pernah mengalami konflik pada hujung tahun 2009 dan masing-masing telah menetapkan syarat untuk berbaik semula selepas kejadian berkenaan.
"Memang selepas itu Zul banyak berubah dan dia tidak seperti dahulu. Malah selepas penceraian tersebut, Zul berhasrat untuk merujuk semula dan merancang ingin melangsungkan perkahwinan secara rasmi.
"Bagaimanapun, mungkin kami tidak ada jodoh, perancangan itu tidak menjadi dan kami berpisah secara baik. Anak kami, Awal Haziq, 5, pun dah faham dengan keadaan yang berlaku," katanya yang dihubungi mStar Online, Ahad.
Tambah Dalilah, walaupun umum tidak tahu tentang hal penceraian mereka, rakan-rakan terdekat serta keluarganya sudah pun mengetahui hal tersebut.
Gambar Kris Dayanti Kahwin.
RAUL Dos Reis Lemos. Sukar benar menyebut nama lelaki pilihan jiwa Kris Dayanti (KD) ini. Mungkin sesukar itu juga wanita berusia 36 tahun itu meyakinkan khalayak bahawa lelaki yang berasal dari Dili, Timor Leste itu merupakan insan terbaik sebagai suaminya.
KD kini sah menjadi rusuk kiri lelaki yang terkenal dengan panggilan Raul Lemos dalam satu majlis akad nikah di Masjid Sahid Nurul Iman, hari ini.
"Saya bersedia menjadi isteri buat Raul Lemos di sebalik pandangan skeptikal serta penghinaan yang ditujukan kepada hubungan ini," kata KD sewaktu ditemui selepas majlis khatam al-Quran dan tazkirah perkahwinan yang diadakan di rumahnya.
Tidak mahu ketinggalan berkongsi bahagia yang terpancar di wajah ayunya, KD mempelawa penulis menyaksikan sendiri hari bahagianya itu.
Diva ini bakal mengikut suaminya jauh ke Timor Leste, membiasakan diri bergelar nona kepada seorang usahawan hebat negara itu.
Lebih romantik, pasangan yang berencana menghabiskan tempoh bulan madu di Lisbone, Portugal ini bakal berkongsi hidup di sebuah banglo di tepi pantai di Dili. Bunyinya indah dan bahagia, mungkin itu yang dicari-cari selebriti kelahiran program realiti Asia Bagus ini.
Siti Nursaida, 35, mendakwa persefahaman antara mereka sudah tiada lagi..
KUALA LUMPUR - Kakak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bertekad ingin mengakhiri perkahwinan selama 15 tahun apabila bercadang menuntut fasakh daripada suaminya selepas ahli perniagaan itu enggan melafazkan talak.
Siti Nursaida, 35, mendakwa persefahaman antara mereka sudah tiada lagi ketika ditanya Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, Mohd. Suhaily Rosdi berhubung alasan dia hendak bercerai.
Saida berkata demikian semasa prosiding tuntutan cerai yang difailkan terhadap Mohd. Ghazali Yahya Zikri pada 6 Oktober tahun lalu menerusi peguam syarie Ahmad Nazib Johari.
Saida mendakwa dia sudah banyak kali berbincang dengan Mohd. Ghazali untuk bercerai namun lelaki itu tidak bersetuju kerana masih mahu menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama lebih sedekad.
"Saya ada cuba berbincang, tetapi suami tidak setuju. Saya mohon untuk bercerai kerana kami sudah tiada persefahaman," katanya yang mendakwa mereka masih tinggal bersama dengan empat orang anak di Alam Damai, Cheras.
cerita kakak Dato' Siti dan kisah menyedihkan
~ajal maut, jodoh pertemuan di tanganNYA..
baru lepas baca entry yang menyayat hati.. kat sini http://seramsunyi.blogspot.com/
.. alfatihah untuk arwah
lagi kes artis cerai
pastu pagi ni terbaca kat blog KAK ina KL. (boleh baca lanjut)
pasal memang sah dia bercerai dengan suaminya
nak tahu siapa personaliti tu?
suaminya merupakan anak kepada seorang bekas mb
dah ada 3 orang anak...
~sedih mengenangkan nasib kawan yang ibubapanya berpisah dan hidupnya terumbang ambing.. dan dia memang tabah... harapnya keadaan ini tak berlaku lagi pada anak mereka ni..