Nak Souvenier best?

Showing posts with label dapur. Show all posts
Showing posts with label dapur. Show all posts

Masak di Dapur?

AGAKNYA KALAU DAPUR KAT SINI ADA KE YANG BOLEH KEKAL SAMPAI BERATUS TAHUN?

TAMAN CEFN LEA, Britain - Sepasang suami isteri, Archie Graham-Palmer, 41, dan Philippa, 37, menemui sesuatu yang sukar dipercayai apabila mereka menyelongkar ruang bawah rumah keluarganya di sini yang berusia 200 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Ruang yang diselubungi dengan debu dan timbunan barang lama, rupa-rupanya telah dilengkapi dengan dapur yang berusia lebih daripada satu generasi.

Peralatan memasak telah dijumpai seperti cerek, periuk, kuali, pemotong pastri, alat pemadam api antik dan acuan jeli.

Dapur tersebut didakwa wujud pada tahun 1830an.

Tidak pernah digunakan lebih seratus tahun, dapur itu pernah digunakan ketika Perang Dunia Kedua semasa Jerman menyerang Britain kerana ia terletak di bawah tanah. - Agensi

Cara Menggunakan Oven: Basic

A)Posisi Oven (Oven Position)
Apabila kita membuka pintu oven, kita akan dapati terdapat 3 level untuk meletakkan tray. Berikut adalah kegunaan level - level tersebut :

1) Top Level (Level Atas) - untuk quick cooking dan masakan yang memerlukan suhu kepanasan yang tinggi.

2) Middle Level (Level Tengah) - untuk masakan yang memerlukan darjah kepanasan sederhana.

3) Bottom Level (Level Bawah ) - untuk slow cooking dan masakan yang memerlukan suhu kepanasan yang rendah.


B)Suhu Oven dan conversion dalam Fahrenheit

  • 160ºC = 325ºF
  • 180ºC = 350ºF
  • 190ºC = 375ºF
  • 200ºC = 400ºF

C) Temperature Range

  • Cool/slow - 110 - 140ºC | 225 - 275ºF | Gas 1/4 - 1
  • Moderately slow - 150 - 160ºC | 300 - 325ºF | Gas 2 - 3
  • Moderate/warm - 180 - 190ºC | 350 - 375ºF | Gas 4 - 5
  • Moderately hot - 190 - 220ºC | 375 - 425ºF | Gas 5 - 6
  • Hot - 220 - 230ºC | 425 - 450ºF | Gas 6 - 8
  • Very hot - 250 - 260ºC | 475 - 500ºF | Gas 9 - 10
D) Memasak Kek, Roti, Pai
  • Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu yang betul seperti di dalam resepi.
  • Gunakan setting api : Top and Bottom Heat
E) Toast (pizza, sandwich, roti bakar)
  • Gunakan setting api : Top Heat
  • Letakkan pizza di atas tray dan bakar di atas wire rack.
F) Grill (Memanggang seperti kebab)
  • Gunakan skewer (besi pencucuk makanan) dan basting tray
  • Gunakan api setting : Top Heat dan sentiasa pusingkan kebab.
G) Panduan Keselamatan Menggunakan Oven
  • Jangan panaskan air di dalam oven
  • Jangan cuba masak telur di dalam oven
  • Jangan gunakan oven untuk memanas ruang rumah atau dapur
  • Jangan biarkan oven tanpa jagaan terutama jika ada kanak - kanak.
  • Jangan gunakan oven untuk menyimpan barangan.
  • Sentiasa pastikan sekeliling oven bersih.
  • Jauhkan oven dari beg, tuala, peralatan dapur, langsir dan barang - barang mudah terbakar.
  • Sentiasa gunakan sarung tangan untuk mengeluarkan tray yang panas.
credit to jay
~Bila google guna word bm jumpala website ni.. and nak simpan untuk peribadi, kot2 nak guna nanti boleh rujuk.. and petua dari CMG utk hilangkan bau kena letak daun pandan dan ptip kat atas ni cuma panduan, seeloknya kena buat eksperimen sendiri dengan oven masing2.. tak expert ni, tu yang cari dulu..
and nak panaskan oven tu berapa lama?macamana nak tahu dah panas ke or nak suhu yang kita perlukan tu?..any comment?.. thanks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...