Nak Souvenier best?

Showing posts with label guna beg sendiri. Show all posts
Showing posts with label guna beg sendiri. Show all posts

Membazir Menyusahkan Beg Plastik

KUALA LUMPUR - Bawalah raga dan beg daripada bahan kitar semula apabila mengunjungi pasar raya untuk membeli-belah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik, demikian saranan Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

"Jumlah beg plastik yang dibuang oleh pengguna di negara ini dapat dikurangkan dan pada masa yang sama pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan," katanya sambil menambah beliau sendiri membawa raga ketika membeli-belah di pasar raya dan pre- mis perniagaan lain.

Sambil menyatakan sokongan terhadap Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu bermula kelmarin, Nadzim berkata, beliau menganggarkan sejuta tan sampah terutamanya plastik dibuang oleh pengguna di Pulau Pinang.

"Bayangkan berapa banyak jumlah sampah yang boleh dikurangkan sekiranya perkara ini dilaksanakan secara berterusan," katanya kepada Bernama.

~Tahun 2011 ni bermulanya di seluruh negara untuk semua shopping centre untuk TIDAK menyediakan beg plastik bagi para pembeli belah. Dah mengalami dah pun, tapi terlupa pula nak bawa beg sendiri sebab masih terasa belum masuk tahun 2011. Akhirnya terpaksala mengangkut sendiri.. Lepas ni perlu beringat sebelum kena. Kawan kawan.. Let’s save the earth (sumber: KOsmo)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...